Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 24, 2012

Eve Rumble

This is a very random entry..


I despised desperate people very much. To be specific, the love-struck desperate people. Desperate is ok, if only it doesn't went further under into foolness.  Falling in love was never a sin, in fact it is good. It can make you glow and happy. I fall in love everyday. Keep falling for my husband more and more in every breath I take, start to fall in love with my profession and in a constant eternal love relationship with my family.

To be desperate is not so despicable unless you spread it to the world-wide using social network which is obviously the twitter and facebook. Roughly almost 80% of my news feed and notification consist of desperate love comments and wall post what-so-ever. I wonder whether those love struck; be it a teenager or youngsters or not so young anymore got their own life or not. It would be a waste since most of their time and life evolved only around their partners. It is noticeable that usually the desperate one will be the one at lower hand whilst their partner is sort of popular and barely even declare that the desperate one is their partner. Ashamed perhaps? So, the desperate need to try hard in order to be notice and as a way to declare themselves as the popular's partner. And most of the time also, the effort was ignored. Pity right?

Trying to exposed  yourself is good, but trying so hard can make you into a 'poyo' let alone if you push too hard that you might cause people to irritate and perhaps 'unfriend' you on facebook if being 'unfollow' in twitter is not dramatic enough.


Wednesday, September 12, 2012

September dan Peristiwa

Bila masuk September je, semua orang tak kira dari pelosok mana mula la melahirkan rasa simpati terhadap tarikh keramat 11 September. Apa yang nak di kepohkan sangat dengan 11 September ntah? Tragedi World Trade Centre di serang oleh militan yang kononnya beragama Islam? Dan sejak itu Islam dilabel sebagai pengganas? Itu bukan sesuatu yang patut kita simpati pun. Kita sebagai Muslim patutnya marah bila dilabel sebegitu. Ini tak.. bersimpati sama dengan Amerika. Condolences here, condolences there.. Ape tuh?

Kerat jari, berapa orang antara kita yang ingat by heart tarikh 18 September 1982? Apa yang berlaku pada tarikh tu? Itulah.. sibuk copy paste ayat ustaz tu, ustaz ni pasal calon-calon suami pilihan lah, jangan buat perempuan jatuh cinta jika tidak berhajat memperisterikannya lah.. Haa ni semua perempuan. Islam tu dah letak darjat perempuan tu ke tahap tinggi dah, jadi buat apa kita nak ingatkan para lelaki benda-benda macam tu. Seolah macam kita ni low standard sangat. Patutnya lelaki-lelaki Muslim ni dah ingat benda tu dan pegang dalam kepala dan hati masing-masing. Yang lelaki pulak, mula keluarkan hadis payung emas lah, kawen 4 sunnah nabi.. Nabi kahwin dengan janda-janda yang kematian suami sebab nak bela nasib. Korang? Sibuk tazkirah kat isteri tak baik menolak sunnah nabi kahwin 4 tapi awak tu sendiri ikut sunnah nabi ke? Umur 60-70 tahun, bini no 4 baru 18thun. Cermin la tahap diri kita ni kat mane.

18 September tu kalau ada sesiapa yang baca dan tertanya-tanya tarikh apakah, itu adalah Tarikh Peristiwa Shabra dan Shatilla. Pernah dengar lagu 'Langit Shatilla' yang Moi tak ingat sapa penyanyinya tapi selalu je main kat radio Sinar? Pegi google kalau nak tahu pasal lagu tu. Peristiwa Sharba dan Shatilla merupakan peristiwa yang patut membangkitkan semua umat Islam di muka bumi Allah ni supaya membela nasib rakyat Palestin yang bermati-matian mempertahankan tempat suci dalam Islam dimana di turunkan perintah solat keatas setiap insan yang telah mangungkapkan kalimah Syahadah, which is Baitulmaqdis. Waktu ni seramai kira-kira 3000 pelarian Palestin yang berada di kem pelarian di dua tempat ni di Lubnan telah diserang oleh tentera Israel Laknatullah. 3000 bai, bukan sikit. Dan mangsa semua terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang diseksa sebelum disembelih dengan kejam dan ketua penyembelihan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas PM Israel dan beliau mendapat gelaran Butcher of Beirut (sile betulkan kalau Moi salah fakta ni). Alasan yang diberikan oleh Israel sama sahaja sampai ke sekarang iaitu menghapukan pengganas. Cuba bagitau Moi, pengganas jenis apakah para wanita dan kanak-kanak ini? Jangankan M6, nak angkat pistol pon belum tentu mampu.

Apa hukuman yang dikenakan pada Israel? BINGO!! Nada..... Mereka dilepaskan.Apa umat Islam seluruh dunia buat? Pejam mata beb.. Umat Islam lagi sanggup berhimpun buat perhimpunan menyusahkan warganegara sendiri untuk menjatuhkan kerajaan dari bangun dan memprotes akan kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin. Kau tergamak tak tengok scene Maya Karin kena belah perut sebelum mati untuk dilarikan anaknya dalan Pontianak harum Sundal Malam? Itu baru tunjuk sikit-sikit, kita dah tutup-tutup mata dan trauma. Lahanat Israel Zionis ni dengan selamba boleh belah perut wanita-wanita yang mengandung, dikeluarkan baby lalu disembelih baby-baby tersebut. Bukan seorang dua beb...

Bila sampai 18 September, semua diam macam tak ada apa-apa  berlaku. 11 September tengok macam mana sayu dan pilunya persekitaran? Nonsense. Sebab 11 September, habis ranap bumi Afghanistan. dek 18 September, Israel makin luas jajahan takluknya. ironi kan? Pergilah google lagi kalau nak tau lebih pasal peristiwa berdarah shabra dan shatilla. Moi cuma menulis sebab emo tgk post-post pasal 11 September. Chiao!