Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 21, 2013

How to avoid a beauty-care promoter

Yesterday I went to the mall with my husband just to kill time. We get so bored of doing nothing at home that we finally decide to 'jalan-jalan cari pasal'. We were busy chatting and laughing while walking until we came across a promoter holding a brochure of a well-known weight management and beauty care company. She tagged along and 'die-die' trying to make me stop at her booth;

"Kakak, mari sini tengok ni kite ade promotion untuk kuruskan badan" while forcing me to take her brochure 
"I gemuk sangat ke?" sambil buat muke sedih
 "Eh tak.. tak.. kita ada promotion untuk rawatan kulit muka juga" her facial expression starts showing her nervousness

"Then maksud you, I tak cantiklah?" 

And then she goes like ".................." Just staring at me speechless with a wordless expression. While my husband was laughing his lungs out. I'm not sure whether she really regret targeting me or just wonder where on earth did this crazy lady came from.

Thursday, January 10, 2013

Self-Absorbed

Assalamualaikum...

Hati ini tiba-tiba terpanggil untuk membicarakan akan hal yang sering menjadi bualan masa kini. 
Nak kahwin, tak cukup duit, hantaran dan mas kahwin tinggi sangat. 
Don't get me wrong, I am so not going to babble around about how expensive the hantaran and mas kahwin value nowadays, let alone to condemn the parents who put high value on their daughter's mas kahwin today. In the other way around, I kind of pissed off with 'some' people who keep blabbering on facebook and twitter on how considerate they are toward their husband by putting cheap-cheap mas kahwin.

Aku bukan lah against Ust Azhar atau mana-mana ustaz yang berceramah pasal mas kahwin murah tu seelok-eloknya untuk setiap wanita. Jauh sekali nak menafikan statement 'sebaik-baik wanita adalah yang rendah maharnya'. Guwa setuju bai dengan  statement tu. Tapi sekarang kalau lu orang perhati betul-betul, mana ada dah orang yang bangga canang satu kampung yang mas kahwin dan hantaran mereka tinggi. Yang jadi trend sekarang adalah orang yang mak ayah letak mas kahwin murah tu la sibuk duk tulis kat FB betapa bagusnya dia. Walaupun tak direct, dan boleh dibidas oleh tuan punya FB "mana ada aku tulih aku ni baguih letak mas kahwin rendah woi", tapi kalau orang ada degree macam aku ni, ditambah dengan common sense yang masih menebal, guwa paham la lu tengah bangga diri sebab mas kahwin lu rendah. bahkan, selepas 3-4bulan dah kahwin pun masih meng-up status pasal maskahwin beliau.. Come on! Yes sume friendlist lu tau maskahwin lu rendah. Diam-diam sudeyyyyy.....

Ini masalah dengan gadis-gadis sekarang. Bila rasa diri bagus sikit, nak orang jadikan dia contoh. Kononnya dia lah umat yang paling baik sekali. Ye, guwa tau lu baik, guwa tak nafikan. But if you can zip your mouth a little bit and just do your thing, people will respect you even more. Respect is not to be bought, it is to be gained. Tak perlu nak up status FB; "Mas kahwinku cuma RM 22.50, cukuplah untuk diriku yang serba kekurangan ini dan tak cukup ini. Terima kasih suamiku kerana sudi bertolak ansur dengan isterimu yang begini" While in the the other statuses you reverse psycho people by telling all the good-good things that you did to your husband. Bangun awal masakkan breakfast, sediakan air mandi, siapkan baju kerja suami. Ya-ya guwa tahu sebagai wanita bekerjaya guwa tak ada masa nak buat semua tu. Tapi guwa pun cuba yang terbaik k..

OK, kalau kau rasa majlis kau yang terbaik, tak perlu nak up status jugak menceritakan betapa wedding kawan-kawan yang kau pergi semua tak mangikut sunnah, dan berlebihan. Kalau orang tu salah, tegur. Apa faedah kau dapat dengan up status begitu kat FB? Orang akan pandang ko tinggi..? "wahh.. bagus si polanah ini. simple je orangnya" Yes, adala kawan-kawan seliga yang akan puji kau macam tu. Tapi orang-orang macam aku akan goes like; "Whats wrong with this woman? Did she just want to praise herself by pointing out others' ignorance?"

In conclusion, dah-dah la bercerita tentang kebaikan diri. Konfiden tu memang perlu. Tapi kalau berlebihan nampak sangat kedangkalan diri. Jangan sibuk nak point out kebaikan diri sendiri sampai terserlah keburukan pulak.

Azam 2013

Wahh dah masuk 10 di tahun baru 2013 ni baru sibuk nak buat azam. Special Thanks to Muz yang membebel kat guwa pepagi buta tadi.

Guwa nak buat saving account! Yeah... Selama ini guwa ingat masuk duit dalam ASB dah dikira saving. Tapi masalah guwa ialah, bila guwa ada hal-hal emergency dan akaun gaji dah kering. Nak harap pergi beratur di ASB pemalas pulak. Jadi guwa kena ada satu lagi akaun simpanan  selain akaun gaji guwa. So akaun tu memang guwa nak istiqamah simpan RM100 bulan-bulan. Wajib! Anggap itu adalah akaun loan kereta. Hahaha..

Kemudian guwa tak mo senang-senang korek duit akaun tu. Bila terdesak sangat contohnya kena pergi mana-mana atas urusan emergency di saat poket tengah kering. Haa.. baru boleh korek. Kalau setakat poket kering dan berhajat mahu makan di Sushi King ketika itu, guwa tak kan benarkan diri guwa korek akaun berkenaan!

Doakan azam ini menjadi kenyataan. guwa berkobar-kobar dh ni!

Tuesday, January 8, 2013

Lebihan roti mewah dan kanak-kanak miskin

Guwa terbaca dalam Yahoo! news tadi. Bahawasanya isteri seorang pemimpin telah 'merayu' kepada hotel-hotel mewah yang terdapat di Malaysia ini supaya memberikan lebihan roti jenis croissant kepada kanak-kanak yang kurang mampu yang berlindung di rumah pertubuhan kebajikan di bawah naungan isteri pemimpin terbabit. Ini bukan blog politik, jadi guwa malas lah nak mention kat sini siapa isteri pemimpin terbabit. Sesiapa yang rajin mengikuti perkembangan semasa tahu-tahu sendiri lah kan?

Croissant
*sumber google lor*
Amaran dari guwa, sila baca entry ini dari persepsi seorang yang neutral dan bercakap atas 'common sense'. Croissant memanglah sejenis makanan yang mewah diperbuat dari tepung dan mentega. Apa yang membuatkan croissant tu mewah adalah jenis tepung dan jenis menteganya. Kalau nak guna tepung dan mentega murah pun jadi jugak croissant terbabit cuma tak jadilah standard hotel 5 bintang, jadi standard Giant sahaja.  Guwa pun tak faham apa motif nak bagi croissant mahal-mahal tu kat budak-budak ni. Well, kalau tiba-tiba beliau nak keluarkan duit sendiri dan tempah khas croissant-croissant mewah itu untuk diberikan kepada kanak-kanak tu semua, tak kisahlah. Itu dikira sedekah. But then, lebihan? Bukan kah perkataan lebihan tu dah buat kita rase "erk..." (buat muke konpius di sini ye)?

Some might said,
"Alah, apa masalahnya? Daripada terbuang roti-roti tu, membazir je"

True indeed. Tapi kalau hotel mewah tu sendiri yang offer nak bagi, lain la ceritanya. Tapi kalau sampai merayu untuk dapatkan croissant untuk kanak-kanak bawah jagaan sendiri, sorry to say seems macam minta sedekah pulak.

A few people might angrily claimed'
"Lebihan tu bukan sisa-sisa kunyahan or orang makan tak habis. Itu croissant yang masih dalam bentuk asal"

Betul juga kan. Tapi kalau ada jiran yang kerja kantin sekolah bagi lauk dan cakap kat awak;
"Ni ada lauk lebih meniaga pagi tadi. Ambillah, tak terusik lagi" bunyi nya betul la jugak.

Tapi kalau awak yang pergi jengah rumah jiran bila dia balik dari meniaga dan awak cakap;
"Ada lauk lebih tak? Hulur-hulur la kat jiran sebelah umah ni. Anak-anak saya jarang dapat makan makanan kantin"

Sekali dua mungkin jiran itu akan bagi dengan senyuman yang paling menawan. Tapi kalau hari-hari? Siap hantar anak-anak pergi ke rumah jiran tu hari-hari setiap kali jirn terbabit pulang dari kerja. Awak rasa apa pandangan jiran tu? Dan apa pula pandangan penduduk setempat yang tahu awak duk ambil lebihan jiran yang meniaga kantin tu hari-hari? Yang tak boleh tahan awak siap agih-agih pada saudara-mara yang tinggal berdekatan lagi. Awak rasa awak hebat sebab boleh bagi relatives awak makan makanan kantin dari jiran awak yang sedap tu. Tapi langit tak selalu cerah. Kalau nak disanjung pun cubalah berusaha dengan keupayaan dan kemampuan sendiri. Silap-silap saudara mara awak yang dapat agihan lauk tu pun akan malu bila dapat tahu kegiatan awak yang sebenar. Tak ke sia-sia? Lain yang awak harapkan, lain yang awak dapat.

p/s: Baik mintak lebihan dari McD atau KFC sebab setau guwa, kanak-kanak lagi suka kan burger Mcd dan ayam goreng KFC dari croissant. Peace!

p/s/s: Terima kasih para orang kaya yang masih mengingati kami yang miskin ini dengan memberikan croissant lebihan anda untuk kami yang tak pernah mengecapi rasa nya.*insert LOL here*

Thursday, January 3, 2013

RIP Kanang Anak Langkau

Rupa-rupanya hari ini pahlawan negara Kanang Anak Langkau telah pun menghembuskan nafas yang terakhir. Thanks to TWITTER yang menyebarkan maklumat dan berita lebih pantas dari media massa. Utusan, Berita Harian, Metro mahupun Sinar, sila tutup kedai.


Penerima Anugerah tertinggi Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) ini merupakan khazanah bukti kepahlawanan tentera kita yang boleh kita jadikan rujukan untuk subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5.  Kira macam living proof la but unfortunately, beliau telah pun pergi meninggalkan kita membawa bersama semangat perjuangan. Angkat tangan siapa yang kenal Kanang anak Langkau lebih daripada kenal Aaron Aziz dan Emma Maembong? Tipuuuuu... Kalau tak sebab belajar sejarah dulu, seorang pun tak kan kenal siapa Kanang dan jasa-jasa beliau. Itu pun bila dah masuk zaman universiti dan nama Kanang popular sebab kes statement Mat Sabu menggelar komunis sebagai pejuang negara juga mesti korang terfikir; "Macam pernah dengar la nama Kanang anak Langkau ni, tapi siapa ye?" *Tepuk dahi speechless*

Hari tu waktu bising-bising kes Mat Sabu vs. Kanang anak Langkau ramai la extremist yang mengaitkan dengan politik. Geng-geng BN dan-dan masuk belakang Kanang dan geng-geng PR konfem-konfem sapot Mat Sabu. Ini la masalahnya bila semua benda nak dipolitikkan. 

Pandangan aku yang neutral ini, first, Mat Sabu tak perlulah nak kaitkan isu-isu berkaitan komunisme dengan politik. Aku rasa sampai sekarang pun komunis tu isu sensitif dekat Malaysia ni. Banyak lagi benda koo boleh politikkan. Contohnya harga rumah yang tak masuk dek akal ataupun harga volkswagen  Golf GTI yang asalnya dlm 40k++ bila dijual di Malaysia jadi 200k++ tu. Kan ke point tu. Ini sentuh hal komunis. Harus lah membakar sensitiviti golongan-golongan berjiwa patriotik. Apatah lagi orang yang berjuang bermati-matian dan terlantar selama lebih setahun lantaran akibat serangan dan penentangn komunis itu. Yes, I was talking about Kanang. Haruslah dia bengang seolah-olah orang mempertikaikan value beliau sebagai ikon yang menentang komunis. The equation is simple. Ambil contoh kat Kuantan ni. Kita orang Kuantan yang berdepan dengan takat radioaktif yang disebabkan oleh Lynas. Orang luar xterjejas pun. Tapi orang luar pulak yang lebih-lebih berkempen cakap Lynas tu selamat. Haruslah terbakar beb perasaan orang Kuantan ni. Kitorang yang hari-hari mengadap bacaan radiasi dekat papan LED depan balai polis Kuantan tu. 

Yang menyedihkan, extremist-extremist yang berpihak pada Mat Sabu ni kua statement main ikut sedap kepala lutut je. Aku ambil sikit je la isi komen yang merentap jiwa itu. Katanya jasa Kanang dah terbalas dengan duit taxpayer yang diberi bulan-bulan (tak bayar zakat mungkin). Dan Kanang masuk tentera juga atas pilihan sendiri tanpa paksaan. Makanya beliau tidak boleh mengeluh akan nasib yang menimpa dirinya dan meminta orang supaya menghargai jasa beliau. Kalau bukan Kanang pun, akan ada orang lain yang ditempat beliau.. Dan diakhir komen beliau meminta UMNO jangan politikkan isu macam ni dan menyeru Kanang supaya jangan berpihak pada BN sahaja. Fair enough. Mungkin Mat Sabu tiada langsung perasaan nak politikkan isu komunis juga. Mungkin hanya sekadar omongan kosong. Mungkin. Dan mungkin tindakan Kanang menolak gelaran Datuk yang dianugerahkan oleh kerajaan belum cukup nak buktikan beliau bersikap neutral. Enaf pasal Mat Sabu side. 

Maka menggelupurlah masyarakat BN akan isu ini. Walaupun ini statement Mat Sabu yang melibatkan beliau dan perwira negara sahaj, maka geng-geng BN pun rase prihatin lalu campur tangan dan mengeruhkan kepolitikan isu terbabit. See? Sebab Mat Sabu yang kua statement macam tu, dan-dan jadi perbalahan politik. Kalau Cik Zulaila yang kuarkan statement mcm tuh? Harus setakat kena sekeh dengan Kanang anak Langkau sendiri. Dan-dan beliau terbang dari Sarawak ke Semenanjung untuk menghadiahkan Cik Zulaila dengan sepakan padu jurus halilintar membelah awan. Tak ada masuk paper, tak ada masuk parlimen dan berita utama 7hari 7 malam. Well mungkin la masuk paper dan buletin utama. Tapi slot kecik jela. Orang tak perasan pun. Sebab dipolitikkan oleh pihak BN lah maka korang telah downgrade reputasi Kanang. Dengan alasan nak membela jasa pahlawan negara maka korang besarkan isu ini dan menambah ketegangan politik yang sedia ada. Asalnya Kanang cuma marahkan Mat Sabu yang seolah mengiktiraf perjuangan komunis, tapi akhirnya jadi seolah Kanang menyokong BN. Maka, Kanang yang asalnya disanjung sebagai pahlawan negara dan kisahnya terpampang dalam buku-buku teks sejarah kini hanya jadi bahan politik. Selfish kan. Demi tampuk pemerintahan Malaysia yang kecil ni, kita memperdagangkan maruah pahlawan-pahlawan kita sendiri. Mereka pahlawan ok, bukan Zarina Anjoulie yang suka kan publisiti murahan.

Dan sebagai penutup, maaflah entry kali ini tercetus berlain dari motif asal blog. Patriotism menebal. Dan Patriotic itu bukan setakat menyanyi lagu negaraku dan melaung slogan kemerdekaan 'Janji ditepati' ye. APe jenis slogan entah. Tak de motif dan tak ada value.

Kanang anak Langkau
*sumber google lorr*