Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 21, 2012

Stalker


hati-hati bila nak stalk ex-bf atau ex-gf guna google ye. dikhuatiri isteri atau suami ex awak tu ade blog dan awak masuk blog tu baca sebab curious. dan lebih malang lagi kalau search keyword awak itu ada specify nama sekian-sekian. well, curiosity kills the cat.

contohnya macam ni:
(lokasi awak) arrived from google.com.my on "When I say "I DO..": November 2011" by searching for (nama ex bf/gf awak) sudah berkahwin.

Tak ke malu? Hahahahahahahahahahah

Collagen vs Natural Beauty

Ini entry untuk mengajar kita-kita  ni bersyukur.

Once upon a time, kulit guwa tak lah berapa cantik. Tapi clear dari sebarang jerawatlah.. Kalau ada pun setakat sebijik dua sebulan sekali time-time datang bulan. Tapi guwa tetap tak puas hati. Kalau boleh nak kulit tu mulus dan gebu serta pipi yang bershining kepink-pinkishan. Woman and beauty umpama mat pit yg baru kembali ke pangkal jalan dengan methadone. Addicted.. Tak kisah lah benda tu apa dan macam mana, yang penting banyak testimonial yang mempamerkan hasil yang diingini. Guwa pun sama turut terjebak dalam arena kedangkalan itu. Well, rupanya bila dah kahwin ni makin obses nak jadi cantik. Takut laki cari lain padahal laki tak de mende-mende pon. Kite pulak menggelupur sorang-sorang bila tengok cermin rasa huduh sikit.

Berbalik pada topik asal perbincangan guwa. Sebab nak cantik dengan harapan hasben angau-angau, guwa pun telah mencuba satu produk kollagen ni yang boleh dikira agak mahal dan agak terkenallah.. Ramai pulak yang menghasut suruh guwa cuba dan melihatkan testimoni-testimoni yang membuatkan hati rasa tak sabar untuk membeli dan mendapat muka yang mulus persis Priyanka Chopra. Dengan tak sedar diri kalau nak dibandingkan dengan Priyanka Chopra ibarat VW scirocco dengan Proton Satria guwa pun terus mengorder (zaman sekarang semuanya di hujung jari) kolagen terbabit dan menyelesaikan pembayaran sebanyak RM170 menggunakan Maybank2u. Lalu 4-5 hari bekerja kemudian guwa dapatlah kolagen yang ditunggu-tunggu dengan penuh kesabaran.

Guwa pakai kolagen tersebut setiap hari sebelum tidur. Eh, salah guwa minum air kolagen terbabit sebab beliau dalam bentuk serbuk dan harus dibancuh dengan jus-jus buah-buahan citrus, tempatan mahupun import mengikut kesesuaian dalam peti ais. Maknanya yang mana ada dalam fridge la. Kalau tak de, minum la dengan air sejuk.

Minggu pertama, muka guwa naik ruam-ruam sikit. Minggu kedua, jerawat dah cuba menumbuhkan diri, Minggu ketiga iaitu minggu ni, bulan setakat jerawat, ruam dah penuh muka. Hah memangla pink muka sebab penuh ruam. So bagitau guwa, ini side effect sementara ke ataupun guwa tak sesuai pakai kolagen tu? Tapi satu yang guwa nampak perubahan adalah sleep pattern guwa. Dulu tido kemain susah, pastu asyik terlajak je tido. Tapi sekarang pukul 11 je guwa dah boleh masuk bilik, letak kepala dan lena. Pagi-pagi pun tak ada lagi la setakat ni terlajak semenjak pakai kolagen terbabit. Hubby guwa cakap pakai la dulu kot-kot side effect sementara je. Tapi guwa nak stop dah. Berharap kulit guwa kembali macam dulu. Kuning-kuning pucat. Tak pink pon tak pe lah.. Kan trend baru sekarang ni. Bella Swan? Eh?