Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 22, 2013

BASH untuk Melayu

Sila tarik nafas dengan hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Tenangkan hati jiwa dan pankreas seketika sebab isi kandungan entry ni akan membuatkan anda panas punggung. Butthurt tau? Baca entry ni dari perspektif membina. Silakan nak marah, tapi I just don't care.

Suatu hari beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri..
Ali   : Abu, jemput datang rumah saya raya kesembilan nanti. Ada buat makan-makan sikit kat rumah baru
Abu : Wah, dah siap rumah baru awak ye. Untungle..
Ali   : Ala, rumah kecil-kecil je. Beli tanah bungalow lot dalam 100k lebih. Bina rumah pakai contractor sendiri dekat 200k je
Abu : Boleh-boleh nanti saya datang bawak orang rumah. Teringin juga nak tengok rumah awak Abu. Tak boleh lama ni, orang rumah tunggu dalam kereta. Mana sewa kedai bulan ni? Dah lewat 3 hari ni.
Ali   : Er.. bisnes tak berapa bagus lah Abu. Boleh tak tangguh sikit hari lagi. Nanti tiga hari lagi saya bayar sewa kedai awak ya.
Abu : Oh, tak pe lah macam tu. Nanti masuk lagi 3 hari ya. Saya pun nak pakai duit juga ni Maklumlah nak raya

3 hari kemudian...
Isteri Abu : Bang, teringin la nak makan sushi king. Yayang ade kad sushi ni. Jom
Abu         : Kita tunggu Ali bayar sewa malam ni kita pegi makan ya. Kelmarin lepas dia cakap nak bayar hari ni
Isteri Abu: Abang message la dia ingatkan bayar sewa
Abu         : Ala, nanti dia mesti masukkan punya. Segan lah nak tanya-tanya lagi

5 hari kemudian...
Isteri Abu : Bang, tayar kereta pancit. Mcam mana nak pergi kerja ni?
Abu         : Nanti Ali bayar sewa kita tukar tayar baru ya.
Isteri Abu : ...................................................................
Situasi ni tak la sama. Tapi aku ubah suai dari situasi sebenar. Persamaan antara Ali dengan Abu, dua-dua usahawan. Ali berjaya lebih sikit dari Abu. Tapi Ali menyewa kedai Abu dan tak mahu bayar sewa. Wahh.. gebang bukan main rumah baru lah, open house lah. Yang off record ada la jugak si Ali ni bragging pergi melancong Europe, Bali, Shanghai dan merata-rata tempat lagi sampai dah tak larat katanya. Tapi sewa kedai Abu bukan main liat nak bayar. Ini lah masalah orang Melayu. Sesama sendiri tak boleh nak sokong each other. Cuba Abu sewakan kedai pada usahawan Cina, mesti tak ada delay-delay nak bayar sewa. Tapi nanti timbul la pulak masalah, Ali tuduh Abu tak support bangsa sendiri, ataupun dengki dengan perniagaan Ali yang berjaya itu and worst hantar la segala hantu raya, toyol, pocong, langsuir melalui bomoh. Typical Malay, that's the best you can do?

Ok masuk pengenalan nanti sambung balik.

Kenapa orang Melayu terasing dan mundur di bumi sendiri?

Syed Amin AlJefri pernah mengeluarkan pernyataan bahawa kebanyakan anak muda Melayu beranggapan kehidupan mereka akan menjadi lebih mmudah selepas tamat sekolah. Maka permikiran sebegini menjadikan permikiran anak-anak Melayu ini LEMAH. Pernyataan ini menyokong ungkapan Prof Ungku Aziz yang menjelaskan jika dilihat secara keseluruhan, anak muda Melayu cenderung untuk tidak cemerlang dalam apa jua bidang diceburi.

Ambil contoh depan mata la. Setiap hari Rabu adalah hari bahasa Inggeris. Semua pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Siakap diwajibkan bertutur dalam Bahasa Inggeris sepanjang hari. Siapa yang didapati bertutur dalam bahasa Melayu selain darii waktu kelas BM akan didenda bayar seringgit. Ko ingat semua nak cakap BI? Haram... Depan pengawas dengan Teacher je ckp omputih. Tu pun kalau boleh rela lagi senyap tak bercakap dari bertutur dalam bahasa Inggeris.

Bila ada yang bercakap dalam bahasa Inggeris, mula lah;
"Oooii.. geggor botol budu ddapo nu"
"Eleh, beghanak bawah peghdu nyiok, nak cakap oghang putih apaa"
"Poyo seh nak speaking-speaking pulakkk"
Tu Melayu punya minded la. Cuba tengok orang Cina, belajar dari diorang. cakaplah broken English ke, rojak English ke. Tapi tak ada pun yang kutuk sesama sendiri yang cuba bertutur dalam bahasa Inggeris.

Purata pendapatan isi rumah Melayu 1800++ pada tahun 1999 berbanding isi rumah orang Cina iaitu 3400++. (Sila rujuk kajian Rohayati Paidi dari UM yang bertajuk 'Pemikiran dan kepuasan Orang Melayu terhadap Pekerjaan').

Kenapa?

Rata-rata graduan Melayu kurang keyakinan diri dan tidak meletakkan target yang tepat untuk memulakan kerja pertama. Pergi interview takut-takut, cakap English gagap habis dan bila dah dapat kerja, selesa dengan posisi sedia ada, tak berniat langsung nak maju. Paling hebat adalah masuk kerja dalam sektor kerajaan. Bila kita tanya mahasiswa-mahasiswa yang menganggur ni "kerja apa sekarang?" Kebanyakan menjawab; "Belum ada rezeki lagi". Curi jawapan orang-orang yang dah kahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata apabila diajukan soalan demikian. Orang dah kahwin tapi belum ada anak boleh lah cakap macam tu. Awak tu dah tak boleh nak usaha pergi cari kerja? Kalau tak ada pun, usaha kerja sendiri. Meniaga kuih ke, kain ke, kat pasar malam pun boleh. Sepupu aku tuh meniaga rojak kat pasar malam mampu beli CBR 1000RR. Orang yang kerja audiologist ni pun terkebil-kebil nak beli Forte. Rasa macam nak berhenti kerja jadi peniaga pasar malam.
"Saya ada isi borang SPA mintak kerja kerajaan, tapi belum panggil lagi. Tu yang duduk rumah je tu"
Kenapa tak mintak kerja biasa-biasa dulu. Swasta ke sementara? nanti SPA panggil, berhenti la kerja sekarang.
"Tak nak la. Kerja tak terjamin. Nanti KWSP tak ada potong, Kalau ekonomi gawat kena buang kerja"
Dah sekarang ko duduk rumah menghabiskan beras mak ngan ayah tu terjamin la? KWSP ada isi bulanan? Dapat gaji ke? Isi minyak motor, beli rokok, belanja keluar dengan kawan-kawan dapat mana?

Purata gaji mahasiswa fresh grad sekarang adalah RM1500. Believe it. Dah apa skill pun tak ada, general knowledge pun tak ambil tahu tak kan nak demand RM2500 kan? Bila tanya pasal apa pendapat anda tentang keadaan di Lahad Datu pun dia jawab;
"Oh, pada pendapat saya Lahad Datu adalah tempat yang sangat sesuai dijadikan tempat perlancongan. Kerajaan patut lakukan sesuatu untuk mempromosi Lahad Datu". 
Kang demand tinggi orang tak ambil bekerja pula. And yet, kerajaan lagi.. Haih.

Tu baru sebut pasal pekerjaan dan pendidikan.

Berbalik pada perniagaan macam mula-mula tadi. Itu situasi sebenar tu. Ada dua masalah. Abu yang terlampau baik hati dan Ali yang suka mengambil kesempatan. Jadi Abu pun susah, jadi Ali pun susah. Iye, masih wujud orang macam Abu yang rela lagi anak-bini hidup susah dari buat orang lain tak selesa. Believe me, I have living proof here. Dan orang macam Ali memang typical yang buat aku rasa nak pergi bakar kedai dia. Kenapa selfish sangat kau nih?

Orang Melayu ni punya kepakaran adalah menumpang senang orang lain. Time susah kau nampk la, cuba time kau senang, kau berkawan dengan geng-geng elite yang seliga dengan kau je la kan. Nak nak mintak tolong, nak tumpang senang orang tu dapat projek, time kau patah kaki,kawan kau yang kerani tu la yang kau nampak. Bagi time kau sihat sejahtera tengok? Kawan kerani ni mintak tolong, kau suruh dia pergi cari orang lain sebab kau nak pergi bersukan (semata?), kawan ni message-message tanya khabar ajak minum, jangan harap lah nak balas, ataupun bila berjanji nak keluar minum sama-sama kau tak muncul dan kawan kerani kau ni tunggu sampai lewat sebab takut ko terlewat. Siap redah hujan, basah kuyup sebab member naik motor jeh. Dan kau tak rasa bersalah langsung? Ada kau mintak maaf kat member ni? Yang kau tahu sibuk nak karang kisah hidup kau yang bak sinetron Indon, musibah tak habis-habis. Semua orang ada musibah tapi cuma tak bercerita kat orang je. Tapi cuba kalau kawan kau yang manager bank ke, head of department ke, CEO ke yang ajak minum. Menggelupur kau pergi kan? Memetik kata-kata seorang manager yang disegani;
"Kitorang ni nasi tambah je pada kau kan"
Tak lah bukan nasi tambah, dessert jeh. Jarang-jarang. Tak de lagi bagus.

Itu belum masuk kisah dengki mendengki. Tak boleh tengok orang berjaya sikit, mula lah nk busuk hati. Sanggup berhabis duit ni pergi bomoh semata nak dengki kan orang tu. Letak hantu raya lah, tanam benda depan rumah lah. Kan bagus duit tu pergi labur ASB.
"Eh, tak boleh. ASB haram"
Habis ko dengkikan orang sampai ke arah benda-benda yang syirik tu tak haram?

Ini cerita betul. Korang boleh tanya mak aku. Waktu beliau bukak kedai dekat runcit dekat kampung dulu, ada orang dengkikan hantar hantu raya. Banyak kali jumpa limau nipis belah tujuh dalam kedai. Sampai mak aku berapa lama sakit tak boleh bangun. Last-last tutup je kedai tu. Not worth it sebab pada kami sekeluarga benda-benda keduniaan ni tak boleh bawak mati. Uols tak pe lah bela hanturaya tak mati. Nanti-nanti jadi mayat berjalan kan. Yang tanam depan rumah tu boleh tanya paksu aku sebab beliau ada keupayaan melihat benda-benda macam tu. Ada satu kes dia bagitau kawan dia ada benda depan rumah orang tanam, suruh pergi buang Tapi orang tu degil, tak percaya benda-benda tahyul. Kesudahannya not a good ending either tapi malas lah nak cerita. Ini bukan entry pasal benda-benda angker.

Kedai makan pun sama. Real proof ad kat foodcourt Teluk Cempedak. Silakan korang try duduk kat meja kononnya untuk kedai lain tapi order dari kedai lain. Mampus diorang nak bagi. Boleh order dari kedai saya saja katanya. Sebab tu foodcourt Melayu tak akan menjadi. Dengki. Sorang jual nasi, semua pun nak jual nasi, tak ada variasi. Motifnya sebab teori diorang nasi lagi laku dari mee. Lepas tu berebut customer, lepas tu masam muka, bergaduh dan hantar tuju-tuju. Typical... Typical.. Awak pernah tengok foodcourt Cina tak? meriah kan? Boleh bekerjasama pulak tu. Sebab tu ramai orang pegi makan sebab banyak variasi. Mujur ingt halal-haram je maka aku tak pergi makan kat foodcourt Cina. Pastu-pastu kalau pergi kedai Melayu, punya lah berlagak tokey nya. pelayan pun muka bukan main ketat. macam kita pergi makan mintak free je. heyy kalau tak ada duit aku masak kat rumah la. Tak ada nya aku nak pergi makan kat kedai kau!

Ok, panjang sangat dah. ini ending entry ni. Haaa.. Haaa.. dah tak nak aku dengar orang ckp
"Ni la Melayu, kutuk bangsa sendiri. Macam mana Melayu nak maju"
Orang yang cakap macam tu la yang tak kan maju. Kalau korang berfikiran seperti itu dan tak berniat nak berubah, mungkin Melayu akan hanya boleh berbangga dengan Hang Tuah. Petik la nama Hang Tuah seribu kali, tak ada siapa nak pandang kau pun. Sama la kalau aku bising-bising cakap pangkal nama aku ada Tengku, tok nenek aku dulu Merong Mahawangsa. Ada sesiapa respect aku sekarang?

Friday, February 1, 2013

The monster inside

I guess we all have this little insecurity monster. A liar you are if you ever declined whenever people ask whether you ever ever did have the feeling of "they are better than me, they live my dreams, i envy their success". Envy and jealousy is good in some way, but if it is overdose this may lead to self-pity. Jealousy and insecurity is an antagonist to our life story.
Why compare yourself with others? There is not a single person in the entire world can do a better job of being you than you are
Tulis BM lah baru ade feel. Mula-mula ingatkan aku nak berbahasa omputis sebab konon-konon nampak lebih dramatik. Tapi takut tak tersampai pulak mesej yang aku nak tujukan pada seseorang. Tapi dalam masa yang sama aku rojakkan dengan English ye sebab ade sesetangah benda lebih telus bila digunakan ayat BI. Curlas kan entry khas untuk hang.. hahaha.. Guwa demam hari ni dan URTI. Asyik batuk-batuk berlarutan selama 3 hari sampai tak boleh tidur. Hari ni suara mek dah tak ade noks. Kalau patient datang japgi harus ak guna sign language je. 

Pernah tak kadang-kadang terasa dan terlintas camni;
"Eh, kenapa lah hidup Si Natasya (name rekaan sahaja ye) best sangat. Dah lah anak orang kaya, cantik, bijak. Kerja dokter pakar sakit puan. Dah kahwin, husband hensem dan romantik. Anak die MasyaAllah kiut sangat!! Aku ni sekolah sama-sama dengan dia. Tapi tak tercapai hasrat nak jd dokter, mampu jadi nurse je. jangan kata yang hensem, muka macam Mat Rempit pun tak ada nak ngorat aku. Pastu bulan-bulan miskin je habis duit bayar hutang. Haih..."

Don't! Just DON'T do that! The more you do this, the more you are hiding your inner potential. Your self-confidence. Yes,  by doing this you will lower your self-confident. Jealousy is the monster who will whisper on your good days and shout on your bad days. The day when you are dancing in the sunlight, it will goes; "it doesn't really matter, nobody sees anyway, nobody cares". Whilst when you fall down under and the self-doubt come to visit to make everything worsen that it actually did; "you are a loser, you unlucky and you will never even get close to your dream" which the insecurity monster later came and caught you in self-comparison which will make you feared of not just being any number in the race, but of being the last. 

We human being will only see what we choose to see. Peah, awak memang nampak Natasya tu hidupnya lagi best. Kaya, cantik dan perfect serba-serbi. Itu luaran. Mana awak tahu Natasya tu ada masalah lain? Depress sebab beliau doktor. Mana nak jaga anak, mana nak jaga suami. Takut suami kena kebas lah sebab suami tu muda, hensem, engineer lagi dan ada Scirocco. haaaa... Perempuan-perempuan murahan kan memang suka menggoda suami orang. Tambah-tambah suami Natasya tu masih muda. Ada macam-macam jenis ujian Allah boleh timpakan pada hamba-hambaNya. Jangan ingat luaran tu dah penentu kayu ukur kebahagiaan. Lain orang, lain definisinya. kadang-kadang kesempurnaan hidup tu pun satu ujian. Bila dah ada semua Allah nak tengok sejauh mana awak bersyukur ataupun kufur nikmat. Mungkin kalau awak ditempat Natasya awak dah tersasar. Riak, takbur. Who knows? Lagipun, orang gile je yang gembira hari-hari. 
"Tapi dulu waktu sekolah Natasya ni pemalas betul orangnya. Dah la kuat tidur, time orang sibuk study nak exam dia rileks je tidur awal, bangun lambat. Tapi exam cemerlang, last-last dia jadi dokter, aku jadi misi je! Tak aci!"
In one point, apa kurangnya kerja misi? Gaji dekat sama je. Misi lagi berjasa dari doktor kot. Doktor datang cek-cek dan berlalu. Misi? Kalau tak ada misi siapa nak tolong pesakit-pesakit kat wad makan, pegi tandas. Dan kadang-kadang misi jadi substitute doktor tahu tak. Mulianya kerja misi. Cuma tak ada appraisal la. jarang orang pandang misi ni. Bila sebut doktor semua orang terbeliak-beliak bijik mata kagum. Tapi bila sebut kerja awak misi, semua macam buat-buat tak dengan. hanya cengkerik je yang berkicau riang sebab dia tak tahu awak tengah cakap pasal apa. Hihik... Oh, rupa-rupanya Peah depress sebab jadi misi tak ada orang salute. Sebab tu lah jeles dengan Natasya. Niat tu dah lari. So, ask yourself Peah. Will you be an honest doctor? Mungkin Allah tak bagi awak jadi doktor ada sebabnya kan?

You can sprint, keep track of time and efforts, but God is still God. All your running to keep up, beat the next person who is just 'hauling his butt'  means nothing if both of you are on a treadmill while his' is 10 feet ahead of you. He will still be a winner and you are going nowhere fast. The truth is, God has plan. Allah choose Peah and choose Natasya to be in their own life. This is something we can never change and do anything about. You have to able to be happy and grateful with your life or else you will tuck with your feet firmly mud of jealousy and you will keep focusing on other's life while yours actually is more worth to live with.



p/s: Heyyy pardon my broken English!!