Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 15, 2013

Extremist vs. Realist

Assalamualaikum...

Guwa dah lama tak tulis blog bai.. bizi dengan kerjaya dan rumah tangga. Silakan para macai-macai PR dan BN bersedia untuk butthurt dari guwa Kalau tak nak butthurt jangan teruskan pembacaan korang. Ini amaran keras dari guwa!!

Sebenarnya guwa dah lama amat memendam perasaan dari PRU haritu lagi. Guwa sebenarnya redha je BN terus diberikan mandat walaupun guwa dah maki hamun sebakul lepas tgk bill letrik guwa tak pasal-pasal ada extra charge plak lepas RM77.00 dan harga roti gardenia dah naik 40sen. Husband guwa dah la suka makan roti gardenia.. Tapi bila gwa suarakan pertanyaan neutral kenapa Najib tak disuruh letak jawatan macam Paklah dulu sedangkan Najib hilang lebih banyak kerusi berbanding Paklah, guwa dilemparkan tohmahan sebagai seorang extremist. Extremist kenapa pun guwa tak tahu... Haih.

So hari ni terjawab sudah soalan guwa itu. Korang baca sendiri la dekat SINI. Malas rasanya nak summarize kan. So OK lah dah ada orang jawab, tak ada lah guwa nak tanya-tanya banyak dah. Guwa nak jawapan, bukan nak pertikaikan Najib. Walaupun guwa tak berapa nak suka bini Najib, tapi guwa tak adalah pulak nak mengguling kan kuasa Najib. Sebut pasal menggulingkan kuasa... PR pun kadang-kadang guwa doubt pulak. Sebelum ni katanya parti yang memperjuangkan demokrasi. Tapi sekarang claim demokrasi dah tak lagi valid di Malaysia dan cuba overthrown current government by force. OK mungkin penyokong-penyokong fanatik PR akan cakap; kita kena perangi pemimpin zalim. Tapi guwa masih rasakan tak perlu overdo. Yes betul, nak menunjukkan kebangkitan rakyat. Tapi kalau kalau it goes beyond limit, it shows bad image of PR yang claim sebagai barisan parti yang bersih dan memperjuangkan 'World Peace'.. (masukkan effect rama-rama berterbangan dan hinggap di atas hidung rusa)

Gambar google image

Guwa bosan dengan pengikut-pengikut fanatik both sides. Baik Najib mahupun Anwar. Pada para fanatisis parti ni, pemimpin mereka sentiasa betul, dan pemimpin yang satu lagi sentiasa salah. Contohnya macam ni la.. Najib cakap roti canai lagi sedap dari tosai, Anwar pulak cakap tosai lagi sedap dari roti canai. Maka berbondong-bondonglah macai-macai PR dan BN mengeluarkan fakta masing-masing tentang kelebihan tosai dan roti canai. Ada yang sampai claim tosai makanan ruji Amerika ataupun alien dari Planet Marikh datang ke bumi mencari roti canai semata-mata nak menangkan pemimpin masing-masing.


Itu belum lagi bila melibatkan ulama. Kalau ulama mengeluarkan fatwa yang tak menyebelahi pemimpin yang disokong, keluar lah statement;
"Ulama tu sesat"
"Ulama ni wajib bertaubat"
"Ulama apa keluar fatwa macam tu, dah kena bayar la tu"
Tapi, bila ulama keluarkan statement yang menyebelahi pemimpin pilihan dan ditolak oleh macai-macai pemimpin satu lagi.. Ha...;
"Ni lah manusia akhir zaman, ulama ditolak. Tanda-tanda kiamat nih" 
Guwa tak de refer ke mana-mana sebab dua-dua belah sama je.

Ni lagi satu masalah yang buat guwa jengkel. Tak boleh ke tak sokong mana-mana? Mesti nak ada sokong satu parti tertentu baru diiktiraf sebagai manusia ke? Bila kita persoal tindakan Anwr Ibrahim, penyokong PR   serang cakap kita ni macai BN la, tak fikir panjang. Bila kita persoalkan pasal Najib penyokong-penyokong BN pula serang cakap kita extremist lah, macai PR la dan macam-macam lagi. Cuba bila kita persoalkan sesuatu awak ambil dan fikir, ataupun kalau ada jawapan yang padu, sila jawab ke depan muka kita nih. Sebab guwa tak tahu. Guwa bukan orang yang menerima bulat-bulat apa yang disampaikan pada guwa. Guwa mengeluarkan pendapat melalui apa yang guwa baca, guwa tengok, guwa observe. MRSM tak didik guwa untuk LISTEN, LISTEN, LISTEN and ABSORB-NO FILTER. Dekat sekolah dulu guwa diajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Sebab tu ada subjek critical thinking dulu kat sekolah, 2 credit hours. Mana-mana tak betul guwa kutuk, yang mana baik guwa puji.

Orang-orang yang neutral macam guwa ni la yang membantu orang-orang extremist and fanatic macam korang untuk berfikiran waras tau. Percayalah, orang macam guwa ni je yang nampak 'something wrong somewhere' dengan statement berunsur perkauman datang dari Najib dan ahli-ahli BN ekoran kemenangan majoriti mudah pada PRU13 melaga-lagakan Melayu dan Cina; dan dalam masa sama hairan kenapa Anwar seolah bersih, apa yang dibuat beliau betul dan semua tuduhan dilemparkan pada beliau dianggap fitnah tanpa perlu diselidiki.

 Dah lah penat nak type. Kepada PM Dato' najib, tahniah kerana terus mendapat mandat untuk meneruskan pucuk kepimpinan 1Malaysia. Semoga Shahrizat dan Taib Mahmud dibicarakan secara telus dan fokus demi kemakmuran negara dan penaikan taraf hidup rakyat. Dan kepada Anwar, harap dapat bersabar dan mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa secara berhemah ekoran dakwaan terhadap penyelewengan ketika PRU13 yang lalu. Apa pun keputusannya, yang penting mari bina semula semangat keharmonian antara kaum yang sedikit tercalar akibat kedangkalan sebahagian pihak yang tidak berfikir panjang sebelum meletakkan kesalahan sendiri kepada orang lain.