Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 28, 2012

The "L" word

The sacred-proudly-being-uttered-word-to-others.... Confused? Count me in... Hahaha..

Moi yang tulis, haruslah suatu penipuan yang ketara kalau Moi pun konfius dengan penyataan sendiri. Moi tak konfius pun dengan ayat sengkang-sengkang Moi tuh cuma Moi konpius dengan sesetengah manusia yang seronot je melabel orang dengan that 'L' word. Yeahhh.. That 'LOSER' word.

Kesian-kesian. Moi bukan kesian dengan orang-orang yang diutarakan sebagai loser (sambil tunjuk simbol L kat dahi guna jari). Moi kesian dengan orang yang label orang lain loser. Kihkihkih... Guys... ahahaha.. Bila Moi sebut 'guys' Moi memang maksudkan lelaki especially guys yang baru keluar nak tengok dunia, baru nak up dan rasa diri cukup hebat. In other words, nerd yang berpura-pura nak jadi bad boy.. Euwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww........... Have you ever seen the mirror?

Contoh? OK ni Moi ada suatu contoh. Kawan seunibersiti Moi la. Well, malu nak mengaku kawan. An ex-friend boleh? Obiyesli beliau seorang nerd. Tak ensem tu, mungkin boleh di pertimbang seandainya perangai beliau tidak wanna-be. Sangatlah nak tunjuk diri tu bad boy, desperate until one day bila Moi usik-usik suruh belanja boleh beliau jawab;
"Apa aku dapat kalau belanja kau? Pegang-pegang boleh?" 
See? The real bad boy tak kan keluarkan statement begitu. Hanya wannabe sahaja. So this is the real loser. Tapi yang kelakarnya, si loser ini tidak menyedari akan dirinya sebagai loser lalu melabel other guys yang kononnya tidak se'up' beliau sebagai loser. Acane tuh? 

Enough of rumbling. Let's think together. Perlu ke melabel orang sebagai loser? Mungkin bagi sesetengah orang itu benda urban. Tapi seriously, sebagai gadis bandar Moi rasa the last time Moi dengar orang sebut-sebut panggil sane-sini loser adalah pada 2009. Adakah anda ketinggalan hampir 4tahun kebelakang? Grow up, respect people. Adakah kemegahan yang awak dapat waktu melabel orang lain as loser itu kekal? Atau sebenarnya menunggu masa untuk makan diri sendiri? 

Andaikan awak ada seorang kawan yang single, zuhud dan konon-konon tak reti langsung bergaul dengan gadis. Sedangkan awak tu ade awek, ramai kawan-kawan perempuan (yang sebenarnya jengkel dengan ko). Awak petik wallet, ramai la perempuan-perempuan mata kero datang terkinja-kinja. Dalam masa yang sama sebenarnya awak juga ada menaruh hati pada seorang gadis yang dah lama awak nak tackle tapi si gadis tak pernah bagi respon. Walaupun ade awek, awak tetap berusaha menambat hati gadis itu, masih ajak-ajak keluar. Awak sibuk gelarkan kawan single+lone ranger sebagai loser, dia hanya mampu tersenyum dan senyap bila awak gelarkan begitu. Tapi pernah tak awak terfikir sebenarnya gadis idaman awk tu sebenarnya milik sahabat loser awak tu. Sekarang siapa yang malu? Siapa yang loser sebenarnya? Sila fikirkan...... *Grinned*

Monday, August 27, 2012

Jengkel..

Mintak maaf awal-awal sebab entry kali ini ada unsur-unsur emosi.. Amaran awal, siapa yang tidak bersedia menghadapi emotional RAGE, sila jangan teruskan pembacaan. Highlight perkataan RAGE tuh, bukan RANGE ye... Ada senior dalam bidang sy yang jauh lebih tua dan dari unibersiti yang katanya lebih gah itu tak reti beza rage dan range. Mungkin beliau ingat sy typo.. Atau mungkin beliau tak paham ape yang sy perkatakan tapi sibok nak membantah. Well, rakyat berdaulatkan Sultan Ambiga kan? What do you expect? Haruslah berbelit-belit.

Haa kan dah kena tempias emosi. Tak pasal je cerita Bersih 3.0 dulu pun dah keluar. Abaikan cerita itu.. Enaf.. Enaf.. Ini bukan blog politik. Tak ada niat nak politik. What I care most is perhimpunan-perhimpunan yang menyusahkan. Ni dengar kata ujung bulan i nak buat perhimpunan lagi. Nak menyusahkan aku la tu. Baru ingat nak blk KL jumpa ayah bonda tercinta bersempena cuti panjang sikit. Tapi nampaknya terpaksa dibatalkan. Yang nak pegi buat himpunan kat KL kenapa? Menyusahkan warga KL, padahal Najib dan bini riang sejahtera kat rumah beliau di Putrajaya. Did you get what I was trying to say? Pegi la berhimpun kat Putrajaya instead KL!!!

Monday, August 13, 2012

Review on Baju Nikah

Rupa-rupanya tak ada gambar kami berdua dan full-view of baju nikah. Terpaksa femeskan family members. Sobs ("-_-)
My solemnization dress is a very simple one though. Just a kurung moden made by an auntie from a small town back in Tangkak. No bead, no ropol-ropol and no any shining-bling-bling material. Plain. Just the original labuci that had already pasted on the cloth before it was being purchased. Must be kilang-made. Of course there's nothing much I can do to make it more plain. Baik beli kain kosong sahajork jika begitu. Huh!

Previously in the earlier entry I've made a review already about the cloth which was bought from Jakel in Jalan TAR in pair and only cost me about RM300++. So no need to do it twice. Kantoi pula membosankan nanti.

Like I said previously, it is just a simple baju kurung with no accessories attached. I kinda dislike all those rambu-ramba serabut-serabai accessories. Well, at least for me. Mum obviously not very happy with the plain baju kurung of me but she can say nothing since she only got to see the dress a week before the event. hahaha.. Did I ever mentioned the tailor cost for my dress and my hubby's baju melayu? RM100 for mine and RM75 for him. Veil cost me about RM50 whilst that tudung is about RM30.


Therefore, total cost is;

RM 315 + RM 100 + RM 75 + RM 50 + RM 30 = RM 570 #





Thursday, August 9, 2012

Review on Dewan UMNO Jalan Peel, Cheras

Moi dah janji dengan gadis nih; cik Airina Qaisara soon to be Puan. Hujung tahun eh Ema? hehehe.. Moi janji nak review pasal Dewan UMNO ni khusus untuk beliau sebab beliau pun nak buat majlis kat situ juge. Moi tak sempat nak ambil gambar banyak deko dalam dewan nya maklumlah pengantin bz.. Tapi gamba tak formal yang adik Moi tolong capture kan ade lah.

Dewan ni kecil je. Boleh tempatkan lebih kurang dalam 25-28 meja bulat untuk tetamu tu. Sikit je. Satu meja dalam 10 orang je muat. Jadi dalam satu-satu masa, lebih kurang tak sampai 300 orang pun yang muat. Langsir yang disediakan memang ada kat dewan tu kaler kuning. Tak boleh minta tukar sebab memang diorang tak ade spare. Melainkan kalau nak ikut warna tema yang selain kuning, keluar bajet sikit la buatkan langsir. Tapi Moi hentam je warna kuning itu. Buat-buat tak nampak walaupun tema pepel.. Kerusi dan meja bulat tu provided by dewan. So tak payah susah-susah sewa dekat tempat lain bawak ke sini.


View dari belakang dewan menghadap stage. Before deco.

View dari atas stage menghala ke belakang. before deco as well
Disebabkan luas permukaan dewan yang agak sempit, Moi ambil inisiatif untuk buat kanopi kat luar. Kira siapa yang tak muat masuk makan kat dalam, boleh lah makan kat luar. panas sikitlah tapi ade kipas air. Kat luar lagi best okeh, kambing golek siap ha.. Total kanopi yang muat kat luar tu 3 kanopi. Moi buat sampai 3 sebab ada booth-booth char kuaytiau, rojak, kambing panggang dan dessert.
Booth-booth makanan yang kat luar..

Buffet bawah kanopi

View kanopi dari jauh

Model kambing golek. Moi tak sempat jamah pun kambing nih!

Stage pun kecik je. Sesuai dengan saiz dewan. Pelamin 3 panel muat la itu pun kalau tak crowded. Kalau pelamin 5 panel, haruslah huru-hara atas pentas tuh kot. hahaha..
Ini anggaran besar pentas. jejaka kacak yang sedang duduk ni boleh di jadikan bahan ukur

View pelamin dan dewan selepas deco dari belakang

Oh, PA system memang ada disediakan. Tapi cuma boleh buat bercakap dan berucap sahajork. Nak nyanyi-nyanyi karok, memang tak lah. Moi sewa lain PA system berserta DJ dalam RM400. so bukan main sakan para guest menyanyi. Ada yang feeling-feeling suara sedap padahal nan-hado jerh. Yang feeling retis tak mo lepas mic ape tah lagi. Sampai orang lain kena hardcore beratur kasi saiko baru lepas mic. Rosak majlis. Haih...
Pacik baju merah tu DJ sebanar. Yang baju pepel tuh kezen Moi yang ambil alih tampuk pemerintahan pacik DJ. Yang lain tu tengah tunggu turn nak nyanyi


OK setakat tu je kot Moi ada idea nak mereview. Kalau ada apa-apa yang belum cukup, nak tau lagi pasal dewan ni, boleh la tanya Moi kat komen. Moi boleh la jawab kalau Moi tahu. Hihihi.. Sebagai penutup, nahh amek gamba budak rongak nih. Ini lah akibatnya makan gula-gula banyak sangat ye adik-adik.

kodomo lion patut amek budak ni jadi kan bahan experimen. Hahaha


Erti sebuah pernikahan (pengertian diri sendiri)

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.”
[An-Nuur(24):32]

p/s: Peringatan! Ini penceritaan dari perspektif Moi. Sila jangan jadikan rujukan utama untuk alam berumah tangga ye =)

Plot dialog ini berkisar sekitar senario yang biasa berlaku terutama dalam kalangan student-student U
A: Weh, nak makan kat mana malam ni? Bosan lah makan kat Cafe kak Ana
B+C (serentak): Kedai skrin besar!
(Lalu kedua-dua B dan C berebut nak menepuk antara satu sama lain. Siapa tepuk dulu dapat kahwin dulu katanya)
Siapa kenal dialog kat atas ni? Nampak gaya cik Faizah dan cik Fatin tengah tersengih-sengih baca dialog ni. hahahaha... Ok, sebenarnya bukan siapa yang tepuk dulu yang jadi isu. Dalam dunia sebenar, siapa yang lebih bersedia selalunya yang akan kahwin dulu. Konteks bersedia ini luas ye. tak semestinya korang dah belajar memasak siput sedut tiga rasa, jahit baju tulang belut, buat air nescafe tarik kurang manis dah dikira bersedia. Kalau semua lulus tapi tak ada calon, maknanya belum bersedia la tu. Kikiki...

Banyak benda kena fikir sebelum buat keputusan nak kahwin. Bukan sebab tengok event jemputan kahwin kat facebook dah ada enam belas dalam masa sebulan dan kamu rasa down sebab boyfriend pun tak ada lagi maka waktu itu sesiapa tackle pun terus kamu ajak kahwin tanpa usul periksa latar belakang mereka dahulu. Itu desperate namanya. Ataupun sebab iri tengok rakan-rakan yang baru kahwin sibuk hapdet status bahagia-bahagia kat facebook. Contohnya; 'malam ni malam jumaat, hubby dah belikan baju tido baru. weeee~~' Percayalah, awak nampak yang bahagia je. Yang gaduh-gaduh manja, salah faham, berselisih pendapat, tak ada pula dorang nak update kat facebook. Malu lah.. Yang dah kahwin pun satu, tak beragak nak update status. Show off sangat. Tak ada common sense cuba memahami perasaan rakan-rakan FB yang kesepian serta masih belum bersedia menta, fizikal dan cukup kekembungan poket untuk kahwin ni. Bila dah teringin sangat nak kahwin akibat pengaruh rakan-rakan yang show off ini, mereka yang belum cukup bersedia ni pun tekejar-kejar nak kahwin. Akibatnya? Kalau berjaya adapt dan catch-up dengan cepat, Alhamdulillah.. Kalau culture shock? Boleh tunggang langgang hidup wei.. A relative of a friend of a friend of mine (jauhnya kaitan) baru 2 bulan kahwin dah tak tinggal sebumbung dan dalam proses nak bercerai. Padahal bercinta 3-4 tahun lamanya. Loan kahwin bank rakyat pun tak sampai separuh lagi bayar. Did you see what I've been trying to explain here? Waktu bercinta tak sama macam lepas kahwin. Walau rasa dah kenal lama, tau luar dalam, masih tak sama. Kenapa? Sebab waktu bercinta, setan seboleh-boleh tak nak kita putus sebab itulah senjata utama nak cucuk anak-anak Adam ni buat dosa. Tapi lepas kahwin, setan beriya-iya nak buat umat manusia ni bercerai-berai sebab pahala kita ni berlipat ganda lepas kahwin. Tu yang setan sakit hati je tu.

Gambar hiasan: Saat sebelum akad nikah, bersoal jawab dengan tok kadi

Bila dah sampai seru kahwin tu, kahwin je lah. Jangan tolak jodoh. Tapi jangan tercari-cari jodoh sampai terlupa kebajikan diri sendiri. Obsess sangat dengan perkahwinan. Takut tak ada orang nak katanya jadi sebat je apa yang ada depan mata. Entah orang tu psychopath ke, pembunuh bersiri ke, kaki pukul dan macam-macam lagi. Selidik dulu, bila sudah selesa baru teruskan. Bumi Allah ni luas, kadang-kadang kita rasa orang itu yang tepat untuk kita tapi sebenarnya bukan. Kalau kita paksa kan, takut-takut ada consequence yang buruk selepas itu. Yang paling penting istikharah. Berbalik pada pencipta kita sama ada pilihan yang kita buat tu tepat atau tersasar. Kalau dah yakin memang itu calon yang selayaknya, teruskan sahaja. Abaikan mulut-mulut sekeliling yang membantah, menghalang sebab yang nak kahwin tu awak, bukan dorang. Hehehe...

Kepada yang dah berkahwin tu, tahniah Moi ucapkan. It's not all about sunshine kan? Kadang-kadang ada ribut, taufan dan tsunami. Kena tahu lah macam mana nak handle. Perempuan ni penuh dengan emosi. Kalau PMS pun awak rasa asyik mood swing sahaja, kahwin lagi stress. Awak bukan setakat layan mood awak sahaj, mood pasangan pun kena ambil kira. Itulah gunanya toleransi dalah perhubungan suami isteri. Sampai bila suami awak boleh bersabar kalau dalam sebulan, 3 minggu awak PMS. Pre-menstrual, peri-menstrual dan post-menstrual. Hahahaha.. Dan yang paling penting, kalau boyfriend awak tu jenis yang awk buli-buli dan control, janganlah buat calon suami. Kesian dia lepas kahwin nanti. Takut-takut jatuh jadi dayus. Kena laknat ok. Tapi jangan nak menggatal lebih-lebih sampai taat tak tentu hala pulak dengan boyfriend tu. Kena ada border, baru boyfriend belum tentu jadi husband awak. Kalau belum jadi suami tu tak perlulah sampai nak minta kebenaran pegi sana-sini. Boyfriend tak bagi keluar dengan kawan-kawan pegi minum teh tarik kat mamak biarpun member awak tu semua sama jantina dengan awak itu poyo namanya. Kalau awak taatkan kata-kata boyfriend lalu kawan-kawan kecil hati pulak itu kebodohan tahap kamehameha. Tapi kalau suami tak bagi keluar pegi mengeteh, kalau awak buat jugak dah boleh dikira nusyuz. kawan-kawan nak kecil hati lepas tu, lantak lah mereka. Siapa suruh tak memahami member tu dah jadi bini orang. Ajak pegi ngeteh kat mamak malam-malam, malam jumaat pulak tu. hakhakhak...

Thank You Allah for granting me this guy, the one I've been waiting for the past 24 years
Kehidupan rumah tangga is not all about rainbow and sunshine. It is not about waiting for the storm to pass, but it is about learning to dance in the rain. Yang paling penting banyak-banyak bersabar, bertolak ansur dan saling menerima antara satu sama lain. Actually, cakap lagi senang dari buat. Alhamdulillah Moi dikurniakan suami yang penyabar memahami. Api bertemu air. Beliau la air tu.



p/s: Iye, Moi tak pakai inai time kahwin. Tak payah nak bising sangatlah. Adat je tuh, bukan syarat sah. Moi memang rimas sebab inai tu ambil masa lama nak tanggal.. Mak Moi pun tak bising k. Siap tolong back-up kecaman para saudara-mara. Luv u la mummy!

Tuesday, August 7, 2012

Rahsiakan pertunangan, hebahkan walimah

Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair
"Rahsiakan pertunangan dan hebahkan (maklumkan) pernikahan"

Wah, sejak da kahwin dah pandai mula tulisan dengan hadith. Terima kasih pada hubby yang selalu ajak+bawa pegi surau dengar kuliah-kuliah maghrib dan tazkirah-tazkirah. Surau kawasan rumah ni pun unik, ade 20-30minit tazkirah dulu selepas Isya' sebelum terawikh.Ada la pengisian sikit. Zaman U dulu, sampai kena paksa pegi kuliah dengan Dr. Ibrahim, deputy dean student affair time tu baru nak nampak muka kat majlis-majlis ilmu. Itu pun sebab kena sign kedatangan and pergi cukup-cukup slot denda yang ditentukan aje. Sangatlah jahilnya waktu tu.

Penceritaan sebenar berkait dengan hadith yang jadi headline itu. memetik kata-kata ustaz Hasrizal yang femes itu;
 "Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."
Jelas tak kenapa kita di sarankan untuk merahsiakan pertunangan? Kalau tak jelas lagi, biar diperjelas dengan contoh. Moi memang suka bagi contoh-contoh metafora ni tambah-tambah kalau explain kat patient pasal hearing loss dan hearing aid. Menurut peribahasa orang putis, less people know about your relationship means less drama. Orang tua-tua kampung Moi di Penang, kedah nun cakap waktu bertunang ni banyak dugaan.Buatnya awak-awak ni tak tahan dugaan maka berkeputusan untuk putus tunang dan tak jadi kahwin. Hah! Tak ke tebal muka nak menahan malu? Contoh paling femes kisah cinta Nadhirah, Bazli dan Ammar. Ape lagi, Dejavu diKinabalu ler uols.. Lepas bertunang dengan Bazli, meroyan pula si Nadhirah tu nak ke Ammar mintak putus tunang. Salahkan jantung, padahal diri sendiri tak sedar batas-batas pergaulan dan macamane nak jaga diri sebagai tunangan orang. Ape jadi dengan si Bazli ni? Malu bai.. Habis staf-staf kat opis mengata. Mak ayah dan kaum keluarga apatah lagi terpaksa menahan malu. Itulah bahana hebahkan pertunangan. Nampak tak efek nya?

Lagi satu contoh, bertunang dan post-post gambar beserta status-status menggambarkan kegembiraan bergelar tunangan orang. Selalunya gadis-gadis akan buat begitu sebab suka rasa diri dimiliki. Alah jangan tipulah, kalau tak ada perasaan macam tu, korang bukan gadis sejati. hahahaha... Control la sikit perasaan tu. Benda ni boleh jadi fitnah. Mula-mula tukar status engaged, kang gaduh tuka single, lepas berbaik engaged balik. Berbulu je friends awak tengok relationship changed awak aje yang naek kt newsfeed facebook mereka-mereka. lepas tu mereka mengumpat, hah tak ke awak permulaan kepada perbuatan dosa mereka itu? Ada juga yang bertunang hebah-hebah tapi rahsiakan tarikh kahwin. Punyala update persiapan macam nak kahwin minggu depan. Tapi lepas 6-7bulan tak kahwin-kahwin gak. Kad pun tak nampak rupa. Lepas tu timbullah fitnah tak jadi kahwin, postponed kahwin dan macam-macam lagi. Siapa nak jadi bahan umpatan macam tu kan?

Moi pernah je kawan-kawan serang waktu dapat tahu Moi bertunang tak bagitahu. ada yang perli-perli dan bermasam muka. Siap ngumpat kat twitter dan facebook. Adatlah.. Kita hebahkan org ngumpat, kita rahsiakan dah org kecil hati. Susah nak puaskan hati manusia ni. Tapi berdasarkan pengalaman, Moi cuma nak nasihatkan, kalau ada antara kawan-kawan yang rahsiakan pertunangan, cubalah memahami. Mereka cuma mahukan privasi dan mereka juga bukan artis.

Perkahwinan kena hebahkan kenapa? Eh, haruslah. Itu jangan dipertikai lagi. Kalau tak hebahkan kang kena tangkap basah kan cari pasal namanya. Tambah-tambah kalau kena tangkap masa baru-baru kahwin sebelum sijil kahwin siap. Dah jadi kerja nak suruh pegawai pencegah maksiat tu check pulak. Hahahahaha



p/s: Moi dalam tulisan ini adalah merujuk pada penulis blog. Cik Laila la sape lagi.. Opss.. Puan Laila =0

Monday, August 6, 2012

After two months

Dah dua bulan bergelar Puan Ahmad Shahir. Baru nak update blog eh? Biasalah, sibuk jadi housewife yang bekerjaya, haruslah masa-masa yang terluang dulu di dermakan kepada masa-masa berkualiti bersama hubby tercinta. Saya masih belajar, dan cuba mengadaptasi kehidupan sebagai seorang isteri. Life after married is a tough one. It is not as easy as being a couple of lover you know.. Lets get serious. I'm writing this post as a warming up session before proceeding with all reviews on my wedding preparation after some time.

Several days before the 'aku terima nikahnya' session, a friend of mine did ask me a jackpot question. Well actually he did share his own dilemma with marriage issue. To cut it short, let me just say that he had a girlfriend of 4-5 years that he planned to marry, then family comes between them. The girl's family ask them to quickly get married whilst the guy's family ask him to hold it since he has an elder sister who doesn't even has a boyfriend yet. Cliche right? But this is what is really happening in our country. 'Langkah bendul' is still a taboo. Bla bla bla.. then it happened that they have to say goodbye to each other. The girl's family ask her to marry a guy that they choose for her and she agreed because she is such an obedient daughter which is why I respect her so much. This is just the intro to the real issue here.

The guy, which is my friend was very heart broken. He cannot accept the fact that the girl is going to be somebody else's wife but there is nothing much he can do to protect her. He also has his own obligation towards his parents and he can do nothing except just watching the beloved one betrothed to other guy. Then, this dialog appears;

Him: Lyla, I just couldn't accept the fact that Kina (bukan name sebenar) is going to marry other guy
Me: Moving on is not as easy as being said. But yet you don't have any other choice
Him: I don't think that guy is good enough for her. I saw him on facebook. He is just so-so. Average look and nothing impressive.
Me: I can smell jealousy.
Him: No, I just concerned for Kina. This guy better take a good care or Kina. If he don't than he so gonna have to answer me
Me: Pardon me, but why did he has to answer to you?
Him: Because he took Kina away from me

I know exactly what this friend of mine is going through. Moving on is not that easy. But as a Muslim we have to believe in qada' and qadar. Every single thing happened has been written in Luh Mahfuz by our merciful God, Allah Azzawajalla. Kina's future husband did not took Kina from my guy friend, but Allah had already planned that Kina is going to be the other guy's wife even before Kina was born. So who are we as a weak and fragile servant to question God's will?

Long ago, I did have this dilemma as well. I took somebody else's boyfriend of 5-6years and I feel sorry for her every single days. Actually, I didn't steal him away from her but I do believe if I didn't exist after they broke up, perhaps they can reconcile. I love him dearly and I don't want to loose him but at the same time I felt guilty and I knew if the girl came and slap me in the face, I can't complaint. She still love him and her friends have been contacting him aka my boyfriend at that moment to tell him how much she love him and she still waits for him. Even after I became his wife also I still feel the guilt until one night I come to my sense. I was like; 'He is already mine and Allah has already stated that he's meant for me. So why did I still feel sorry for that girl? Well maybe she met my husband earlier than I did but she is the one who got the wrong person back then, not me'.. After that night, I was much relief and at ease. I pray the best for that girl. She's a good girl and she is way better than I am. Hey girl, If you happen to read this, I want you to know that I respect you and am sorry for the heartbroken you'd been through. But hey, there must be a good guy who are meant for you because you yourself is a great girl. I sincerely do pray for your happiness. And to my friend who happen to be the main character earlier, be strong ok? You should buy a superbike to mend your heart. Seriously! Hahaha.. Go for CBR 1000RR!!



P/S: Happy Birthday my pretty-sweet-cute maid of honour Mariam Subbari!!!!!