Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

Apa saya buat cuti CNY yang lalu

Ini summary untuk aktivii saya sepanjang hujung minggu yang lalu. Update dari Klang. Iye, minggu ni saya kerja kat Klang temankan Adilla memandangkan Gnosis Seremban tutup seminggu bersempena Chinese New Year. Untuk rakan-rakan Chinese, Shin Nyen Kuai Le!

22/1/2012 (Sabtu)
Sesampainya saya dirumah, mak dan ayah tak bagi can, terus mengheret ke rumah Paksu Halim. Malasnyalah nak pegi. Penat kerja belum hilang wei. Tapi setelah disogok untuk singgah makan Char kuaetiau dalam perjalanan nanti, hati terus berlagu riang. Kat rumah paksu, beliau terus bagi 2 katalog pattern pelamin untuk majlis. Suruh pilih. Wahh, eksaited ni. Eh, kejap tapi kenapa mak lagi eksaited siap nak bawak balik katalog tengok-tengok kat rumah? Hahaha... Esok ade apoinmen dengan tuan punya butik pengantin Jadi malam ni boleh berangan tengok gamba-gamba pelamin tu dulu. Balik singgah makan CKT Pulau Mutiara kat Kajang yang sedap tu. Wee... Tapi nampak nasi ayam tu macam sedap jugak. *Tamak*


23/1/2012 (Ahad)
- Tengahari: Belanja mak, ayah dan Eddy makan kat Fish Market Manhattan. Fuh, masing-masing makan sampai tak boleh bangun. Hahaha... Mak yang selalu makan sikit pun terpaksa makan banyak. Happy betul dapat belanja family makan sedap-sedap. Actually diri sendiri yang dah seminggu terbayang-bayang oyster kat situ. Hihihi

-Tengahari lewat sikit: Pergi Nilai. Mak semangat nak shop barang-barang kahwin. Terbayang $$$ melayang-layang. hahahaha.. Kat sana, wahhhh bukan main 5-6 kedai beliau terokai. Nasib la kedai-kedai tu semua nak tutup makan besar sempena CNY. Dan mujurlah naik Miki si Viva je. Itu pun dah macam bas mini dah. Lagi dahsyat dari sardin tin.

-Petang: Singgah rumah Cik Ti sebelum ke rumah Paksu. Sebab Paksu dekat Alamanda lagi bershoping katenye. Lepak rumah Cik sambil borak-borak, usik feroz sikit, makan mee goreng, pastu baru keluar ke rumah paksu. Oh, cik pun nak pegi jugak. Jomm.. Otw, Oh, mak nak singgah Billion pulak meninjau.. Haishhh

-Malam: Pegi butik pengantin yang paksu rekemen. Kawan beliau katanya. Atas dasar kawan-kawan beliau quote pelamin 3 panel, sepasang baju pengantin buat baru, set renjis, bunga telur 2 pokok, kapet merah walkway, flower arch, meja-meja bulat dan kerusi-kerusi beserta alas, dan deco-deco dlm dewan = RM 5000. Ok, ini terus wat hati melompat-lompat gajah. Rate macam ni sepatutnya 7k ok... (Heyyy, jangan compare lah kalau awak dari Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Johor, Sabah atau Sarawak. Saya tahu kat tempat awak lagi murah). Kak tokey butik ni anak kepada kawan paksu tu. Ina namanya. Ada lah dalam 3jam bertekak dengan mak dalam butik tu sebab nak pilih baju tapi mak sibuk nak masukkan design pilihan hati beliau. Maksu yang turut serta dah pening-pening. Jadi, ambil langkah bijak suruh mak pilih pelamin dengan syarat tiada campurtangan asing dalam design baju kahwin. Hahaha.. Tapi takut juga mendapat komen-komen dari pengkritik, maka telah berpakat dengan Ina untuk emailkan design baju pilihan pada beliau. Kihkihkih.. Kena datang balik awal Mac untuk ukur badan. Ukur sekarang takut terlari pulak allignment. (harapan nak kurus yang menggunung)

-Tengah malam:Pukul 1 lebih la jugak sampai rumah. Ni semua sebab ayah nak tengok Ipman. Sanggup tak ikut kami pegi butik.
Ini hasil hari ini. Oh lupe nak bagitau.. tema adalah purple-silver

24/1/2012 (Isnin)
Cik Ti buat makan-makan hari ni. Ada kari kepala ikan. Itulah main dishes nya.. Ade ayam rendang, sup eko.. bla bla bla.. Dah tak ingat sebab banyak sangat lauk. meriah betul. tapi hujan lebat sangant ni. Preparation wedding dah tak buat hari ni. jadi lepas makan-makan tu, terus balik rumah. Mak nak kemas rumah. Adik beradik Mak Teh dari Singapore nak datang katanya, tapi tunggu sampai ke tengah malam tak ada pun. Hahaha...

Actually this is the summary of the whole weekend activities. Tired but awesome. Special thanks to all family members who really anticipate my wedding ceremony. Kisses and hugs for all of you. But the most important thing, Thank you Allah..~~~

Wednesday, January 18, 2012

Taman Tasik Permaisuri for good?

Daddy called this morning. Masa tu patient berlambak-lambak non-stop. So tak sedarlah ade berbelas miscall dari mak dan ayah. Tengok message pulak ade sampai 3. Ok, 1 tu dari Br. Ahmad Shahir tanya dah breakfast ke belum walhal dah pukul 11 hahaha.. 2 lagi haruslah dari mak dan ayah, sorang satu message. masing-masing suruh call balik sebab katenye ade hal urgent. Dah keliru nak call mana satu. Maka call ayah lah. Sebab ayah punya masa kerja flexible sikit. Kalau call mak, potensi untuk call dijawab sewaktu beliau berkerja adalah 1.17%. Workaholic la katakan. Ayah cakap dewan taman tasik titiwangsa tu dah tak ada kosong. tak tahulah kenapa rasa macam boleh jangka je. Orang lain tempah dah setahun awal dah weiiii.. hahaha... Dewan uia gombak pun dah fully booked, gigih ayah mencari sampai ke Gombak. hahaha.. Jadi suggest pada ayah untuk wat out door wedding. Boleh lah feeling-feeling ala garden wedding. Malang nya, semua port kat titiwangsa dah penuh!!! What the F***???!!! Korang semua nak gak tarikh sama dengan aku kan!! Ceh, nak marah orang, padahal orang tu dah tetap tarikh setahun lepas da. Kau baru tetap seminggu jangan banyak bunyi eh!!

Sedih sangat bila tau tak ada space available kat titiwangsa padah tarikh 27 Mei tu. Ayah pun dengan semangatnya menelefon DBKL tanya ada tak spot-spot available untuk wat wedding kecil-kecil (katenye).. Kebetulan ada satu je lagi tinggal spot available kat Taman Tasik Permaisuri. Hah at last...!!! Terus beliau cop cepat-cepat. esok baru nak pegi bayar deposit. Sewa tapak kat taman tasik under DBKL tak mahal pun. RM200 je untuk crowd lebih 500org dari pagi sampi 7petang kalau tak silap.. Kalau ada sesiapa berminat boleh call nombor ni untuk pertanyaan dan pembookingan (ade ke perkataan nih?)

Unit Rekreasi 
Jabatan Landskap dan Rekreasi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 19, Menara DBKL 3,
Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2617 6397
Faks: 03-2698 3850

Wednesday, January 11, 2012

Ujian saringan HIV untuk bakal pengantin

Untuk bakal-bakal pengantin, sekarang diwajibkan untuk buat ujian saringan HIV. Tapi ujian ni perlu buat di kelinik-kelinik kesihatan kerajaan sahaja ye. Tapi sebelum pegi menonong nak buat ujian, kena la ambil borang kebenaran nikah dari pejabat agama dulu. Mine haruslah dah dapat dari JAWI, Tapi, download sahaja sebab pihak JAWI memang dah sediakan borang-borang ni semua kat website. Klik sini http://www.jawi.gov.my/borang/Borang/Senarai%20Dokumen%20Bagi%20Permohonan%20Kebenaran%20Berkahwin.pdf. Jadi dah tak perlu susah-susah ke pejabat agama.

Disebabkan klinik kesihatan kat KL ni banyak pulak cengkadak, kena amek tarikh lah, buat appointment la. Makanya, buat je dekat klinik kesihatan Kuantan. Senang, walk-in je.. Dalam mase 15minit, semua setel! Dah selesai, dah pun disahkan negative HIV. As expected! (muke riak)