Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

Apa saya buat cuti CNY yang lalu

Ini summary untuk aktivii saya sepanjang hujung minggu yang lalu. Update dari Klang. Iye, minggu ni saya kerja kat Klang temankan Adilla memandangkan Gnosis Seremban tutup seminggu bersempena Chinese New Year. Untuk rakan-rakan Chinese, Shin Nyen Kuai Le!

22/1/2012 (Sabtu)
Sesampainya saya dirumah, mak dan ayah tak bagi can, terus mengheret ke rumah Paksu Halim. Malasnyalah nak pegi. Penat kerja belum hilang wei. Tapi setelah disogok untuk singgah makan Char kuaetiau dalam perjalanan nanti, hati terus berlagu riang. Kat rumah paksu, beliau terus bagi 2 katalog pattern pelamin untuk majlis. Suruh pilih. Wahh, eksaited ni. Eh, kejap tapi kenapa mak lagi eksaited siap nak bawak balik katalog tengok-tengok kat rumah? Hahaha... Esok ade apoinmen dengan tuan punya butik pengantin Jadi malam ni boleh berangan tengok gamba-gamba pelamin tu dulu. Balik singgah makan CKT Pulau Mutiara kat Kajang yang sedap tu. Wee... Tapi nampak nasi ayam tu macam sedap jugak. *Tamak*


23/1/2012 (Ahad)
- Tengahari: Belanja mak, ayah dan Eddy makan kat Fish Market Manhattan. Fuh, masing-masing makan sampai tak boleh bangun. Hahaha... Mak yang selalu makan sikit pun terpaksa makan banyak. Happy betul dapat belanja family makan sedap-sedap. Actually diri sendiri yang dah seminggu terbayang-bayang oyster kat situ. Hihihi

-Tengahari lewat sikit: Pergi Nilai. Mak semangat nak shop barang-barang kahwin. Terbayang $$$ melayang-layang. hahahaha.. Kat sana, wahhhh bukan main 5-6 kedai beliau terokai. Nasib la kedai-kedai tu semua nak tutup makan besar sempena CNY. Dan mujurlah naik Miki si Viva je. Itu pun dah macam bas mini dah. Lagi dahsyat dari sardin tin.

-Petang: Singgah rumah Cik Ti sebelum ke rumah Paksu. Sebab Paksu dekat Alamanda lagi bershoping katenye. Lepak rumah Cik sambil borak-borak, usik feroz sikit, makan mee goreng, pastu baru keluar ke rumah paksu. Oh, cik pun nak pegi jugak. Jomm.. Otw, Oh, mak nak singgah Billion pulak meninjau.. Haishhh

-Malam: Pegi butik pengantin yang paksu rekemen. Kawan beliau katanya. Atas dasar kawan-kawan beliau quote pelamin 3 panel, sepasang baju pengantin buat baru, set renjis, bunga telur 2 pokok, kapet merah walkway, flower arch, meja-meja bulat dan kerusi-kerusi beserta alas, dan deco-deco dlm dewan = RM 5000. Ok, ini terus wat hati melompat-lompat gajah. Rate macam ni sepatutnya 7k ok... (Heyyy, jangan compare lah kalau awak dari Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Johor, Sabah atau Sarawak. Saya tahu kat tempat awak lagi murah). Kak tokey butik ni anak kepada kawan paksu tu. Ina namanya. Ada lah dalam 3jam bertekak dengan mak dalam butik tu sebab nak pilih baju tapi mak sibuk nak masukkan design pilihan hati beliau. Maksu yang turut serta dah pening-pening. Jadi, ambil langkah bijak suruh mak pilih pelamin dengan syarat tiada campurtangan asing dalam design baju kahwin. Hahaha.. Tapi takut juga mendapat komen-komen dari pengkritik, maka telah berpakat dengan Ina untuk emailkan design baju pilihan pada beliau. Kihkihkih.. Kena datang balik awal Mac untuk ukur badan. Ukur sekarang takut terlari pulak allignment. (harapan nak kurus yang menggunung)

-Tengah malam:Pukul 1 lebih la jugak sampai rumah. Ni semua sebab ayah nak tengok Ipman. Sanggup tak ikut kami pegi butik.
Ini hasil hari ini. Oh lupe nak bagitau.. tema adalah purple-silver

24/1/2012 (Isnin)
Cik Ti buat makan-makan hari ni. Ada kari kepala ikan. Itulah main dishes nya.. Ade ayam rendang, sup eko.. bla bla bla.. Dah tak ingat sebab banyak sangat lauk. meriah betul. tapi hujan lebat sangant ni. Preparation wedding dah tak buat hari ni. jadi lepas makan-makan tu, terus balik rumah. Mak nak kemas rumah. Adik beradik Mak Teh dari Singapore nak datang katanya, tapi tunggu sampai ke tengah malam tak ada pun. Hahaha...

Actually this is the summary of the whole weekend activities. Tired but awesome. Special thanks to all family members who really anticipate my wedding ceremony. Kisses and hugs for all of you. But the most important thing, Thank you Allah..~~~

0 comments: