Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 11, 2012

Bekas hantaran suku DIY

Morning...

Meroyan nak hapdate pasal bekas-bekas hantaran yang beli dengan mak hari tu. Tapi apakan daya, bile balik ke KL semula baru boleh hapdate sebab terlupa nak hamek gamba. Muge kite ni rasa tak menarik nak hapdate kalau tak ade gamba..

Wiken lepas ada getaway dengan mak pegi Nilai beli bekas-bekas hantaran. Asalnya nak cari barang-barang untuk goodie bags tapi mahal nak mati.  Terpaksa ubah misi kepada mencari bekas-bekas hantaran. Nak kata murah sangat tu tak jugak, tapi ok-ok je la.. Di sebabkan cik Laila beli bekas-bekas ni, dan nak pakai sekali je maka nak sewa kan kat orang lah nanti lepas majlis kahwin. Tak payah beli pun benda alah ni, sewa or pinjam lagi bagus. Tapi mak cik Laila tak begitu critical dalam bidang ekonomi, maka kami beli je. Penakulan beliau, nanti adik-beradik or kengkawan nak kawin, boleh kasi pinjam or sewa. Cik Laila lagi tertarik dengan idea 'sewa' tu. Hahahahaha...

Ni bekas untuk letak cincin.
 Untuk bekas letak cincin ni, Beli tepak tu je.. 'Love' yang kat atas tuh buat sendiri hokayy.. Potong polisterin dalam bentuk love, then balutkan polisterin tersebut dengan kain kasa. kain ape-ape pon boleh noks.. Adik cik laila cadangkan kitorang spray ye tapi cik laila degil nak balut. Tapi rasanya kalau spray mcm lagi canteks jeh.. Seterusnya gamkan keliling polisterin tersebut dengan reben yang korang beli secara berasingan.. Tepak tu hargenye dalam 15hengget, polisterin 2 ringgit, kain kasa tuh bape kupang tah tak ingat.. Tapi total tak lebih 20 rgt pun kalau termasuk tambah sikit-sikit bunga sebagai penyedap mata. Cik Laila tengok kat Nilai yang ready made bekas hantaran lebih kurang ini, hazab ko sampai 70 ringgit. Mampu? berganda-ganda untung kau kannn... Pak-pak menteri dan mak-mak menteri yang pemalas dan duit bekepuk tak tahu nak buat ape, boleh la beli yang ready made tu. Sakit pulak tangan karang nak menekap, potong-potong, gam-gam bagai kan.

Bakul berkaki
Closer view.. Zoom In.
Ini bakul untuk letak barang-barang barter. Contohnya baju, kasut, Ipad (ehh??). Contoh haje okeh.. Saya bukan retis nak bagi ipad bagai. Kalau kaya, aku bagi ferari sebijik siap ikat reben kat laki aku. Tak payah berdulang-dulang mak nenek nih. Bakul ni mak beli 4.. Sebijik 22 rgt, 4bijik 50rgt. Hah, ko mampu? hakhak.. Bes nya shopping ngan mak nih, beliau ada ilmu untuk mintak kurang harga.. Hahahahaha... Kids, please don't try this at home!! Bakul nih ada cacat celanya yang tak nampak dek mata kasar tapi nampak di mata Cik Puan Siti, maka ada lah less tuh. Bkul ni plain sahaje, riben-riben tuh cik Laila yang gam dengan mak untuk nampak menarik. Gigih dua beranak nih gam sambil tengok ABPBH. Nanti letak sikit-sikit bunga, siap dah la.. Mungkin tak secantik yang orang tempah kat kedai. Maaf ye Br. Shahir, bukanke dalaman lagi penting dari luaran? Yang penting keikhlasan dan ketekunan membuat sendiri hantaran untuk kamu. Looks doesn't matter kan? Hihihi...

Tepak lagi...Uduh beno rangka je.. Tanda harga pun tak buang lagi ko.. Gigih!
Ce selimutkan cket beliau, tak de lah malu sangat
TADA!! Da canteks.. Semangat sampai tanda harga kat pelapik belum cabut. Tak boleh zoom kan? Hahaha
Ni tepak boleh la nak buat alas kalau ada bagi kuih-muih, kek, ataupun tepak sirih. Ni pun dapat spesel price. Saya sangat suka soping dengan mak. Hahahaha... Harga asal 15rgt 1 kot tp sekali lagi disebabkan kecacatan yang tak nampak dek mata kasar, dapat 9 ringgit 1. Terus rembat 2.. Kih3.. Lapik tuh dinasihatkan jangan beli kat Nilai. Mahal nak mati. Ini cik Laila beli kat Sungai Petani sehelai=3.50. Kat nilai RM11.90.. Haa hamek ko!! Tapi kat Nilai punya tuh ada manik-manik bagai la kat tepi dia. tak adalah renda riben-riben kosong yang macam cik Laila beli nih. Tak perlu kot manik-manik tuh. jap agi kalau nak usung benda alah ni, kau jugak risau kan.. Yang stended plain bereben mcm yang cik laila punya ni, kat Nilai around 6-7 ringgit sehelai. Motip sangat kan. I syak dorang pegi beli kat Sg. Petani then jual kat Nilai pulak. Hahaha..

Ni gamba bersama-sama. lagi 2 bakul tak sempat nak masuk sebab dah selamat berada dalam plastik beg.
Dah cukup 7 dulang. So lepas nih boleh konsentret on nak beli apa, dan nak letak kat mana.. Setakat ni Encik cincin je da konfem tempatnya, yang lain masih boleh bertuka-tukar tempat. Tapi cik Laila dah ada susunan dalam pale hotak nih which is which.. Hahaha.. Itu tak boleh la bagitahu. ada gak kena simpan rahsia sikit-sikit kan?

Review about Nilai:
  • Kebanyakan barang cik Laila beli dari VR sebab so far harga dekat VR paling menarik hati. 
  • Kedai L** serabut cket. Majoriti mahal barangannya tapi ada certain yang murah cuma korang kena pandai cari. (matila ak kena saman nanti!)
  • Kedai ThankQ pun boleh jenguk-jenguk. Ada barangan yang lagi murah dari VR contohnya bekas transparent yang boleh ltk kek kecik-kecik tuh. Tapi rasanya ahad tuh cik Laila pegi kedai besar dia yang banyak barang tuh terbakar. Tinggal kedai yang kecik je tapi ke dalam sikit la.. (mesti ade org nak sabotaj nih)
  • Kedai lain, mungkin boleh lalu-lalang cuci mata sahaja kalau korang under bajet mcm cik Laila.. hahahaha.. Tapi ada jugak barangan comel yang korang takkan jumpa kat kedai lain. So, it's worth trying... Lagipun, shopping can be consider as an exercise too.. Boleh bakar kalori uolls!!

0 comments: