Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 15, 2012

Tentang Kad Undangan itu...

Uols belum dapat kad kahwin I kan? Haruss lah belum, sebab I belum sebarkan lagi kad-kad terbabit.. Yang baru tengok keluarga-keluarga terdekat saje. Tapi Cik Fatin Syakirah dan Puan Faizah Sapian dah dapat dah. Itu special kes sebab Cik Fatin dah nak pulang ke Terengganu tercinta waima Puan Faizah Sapian adalah kembar tak seiras lain parents yang sentiasa berkepit bersama beliau. Wajibb kena bagi dua-dua kalau tak nanti boleh jadi World War 8.

Kad kahwin I tempah kat Ilham Lagenda ataupun boleh tengok-tengok kat Facebook Ilham Lagenda. Wah, nama pun bukan main gerun dah. Ala-ala silat lagenda gituhh.. Hahahaha.. (copp!! I nak jd Hang Kasturi.. *tetibe terbawak. Ko kenapa???*) Harga dia, seriously sangat cheap!!!! Yeayyyy.. Sesuai lah untuk bakal pengantin yang under budget macam I ni noks. Dah tu, order 1000 pcs dapat free buntin lagi. I taknak bagitau details tentang harga, design dan prosedur mengorder sebab I nak uols pegi tengok sendiri kat either website or facebook dorang. This is highly recommended. Uols boleh custom made sendiri design kad yang korang nak berserta artwork. Artwork free je, tak ada upah pun. Tapi kalau korang nak banyak songeh itu-ini, dinasihatkan korang tempah awal. Most important thing, theyols guna artwork card, bukan artwork paper!! Ini lagi satu alert ya, kebanyakan vendor kad kahwin murah akan guna artwork paper sebab alasannya murah. Tapi Ilham Lagenda tak. Ada banyak beza 'paper' dan 'card' ok? =)

Jadi hari ini nak show off sedikit imej-imej kad kahwin. Tak adelah elegan sangat pun. Kad kahwin hado jehh tapi kemain nak rahsia-rahsia kan. Mesti korang terfikir macam ni. Tak pe, I dah biasa dah.. Hahaha.. Meh tengok, take a peek.. Peek je tau jangan lebih-lebih. 

Kengkonon kitorang la...
 Yang gambar kartun nih kira macam default lah. I yang pemalas ni, sangat malas nak design or suggest kan gambar lain. Ada juge orang letak gamba sendiri kat kad tersebut tapi I rasa tak nak. Segan pulak orang tengok muka kita di mana-mana. Buatnya dorang buang or misplaced (sedapkan ati) kad tuh ataupun melayang-layang ke tong sampah (lagi sedapkan ati), sedih lah.. Muka kita stended dlm tong sampah je.. Huwaaaa...

Map yang sangat cool..
Ini maps yang dorang buatkan. Cute kan. I suke imej-imej LRT, Shell dan Peordua. Tak adalah setakat lukis kotak dan labeh. Hahahaha... Sape cekap, sila cari kat mana Gnosis KL? *Promote ofis*

OK, enaflah tu. Terasa sengal-sengal badan melepak dpn pc nih. Laptop dah dekat ICU. Terpaksa hapdet guna PC umah. Berbulu la mak I tak boleh-boleh nak main Bejewelled dekat FB. Nasib baik ayah outstation kalau tak mau aku kena halau dah ni sebab bejewelled. Haih....

0 comments: