Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 8, 2013

Lebihan roti mewah dan kanak-kanak miskin

Guwa terbaca dalam Yahoo! news tadi. Bahawasanya isteri seorang pemimpin telah 'merayu' kepada hotel-hotel mewah yang terdapat di Malaysia ini supaya memberikan lebihan roti jenis croissant kepada kanak-kanak yang kurang mampu yang berlindung di rumah pertubuhan kebajikan di bawah naungan isteri pemimpin terbabit. Ini bukan blog politik, jadi guwa malas lah nak mention kat sini siapa isteri pemimpin terbabit. Sesiapa yang rajin mengikuti perkembangan semasa tahu-tahu sendiri lah kan?

Croissant
*sumber google lor*
Amaran dari guwa, sila baca entry ini dari persepsi seorang yang neutral dan bercakap atas 'common sense'. Croissant memanglah sejenis makanan yang mewah diperbuat dari tepung dan mentega. Apa yang membuatkan croissant tu mewah adalah jenis tepung dan jenis menteganya. Kalau nak guna tepung dan mentega murah pun jadi jugak croissant terbabit cuma tak jadilah standard hotel 5 bintang, jadi standard Giant sahaja.  Guwa pun tak faham apa motif nak bagi croissant mahal-mahal tu kat budak-budak ni. Well, kalau tiba-tiba beliau nak keluarkan duit sendiri dan tempah khas croissant-croissant mewah itu untuk diberikan kepada kanak-kanak tu semua, tak kisahlah. Itu dikira sedekah. But then, lebihan? Bukan kah perkataan lebihan tu dah buat kita rase "erk..." (buat muke konpius di sini ye)?

Some might said,
"Alah, apa masalahnya? Daripada terbuang roti-roti tu, membazir je"

True indeed. Tapi kalau hotel mewah tu sendiri yang offer nak bagi, lain la ceritanya. Tapi kalau sampai merayu untuk dapatkan croissant untuk kanak-kanak bawah jagaan sendiri, sorry to say seems macam minta sedekah pulak.

A few people might angrily claimed'
"Lebihan tu bukan sisa-sisa kunyahan or orang makan tak habis. Itu croissant yang masih dalam bentuk asal"

Betul juga kan. Tapi kalau ada jiran yang kerja kantin sekolah bagi lauk dan cakap kat awak;
"Ni ada lauk lebih meniaga pagi tadi. Ambillah, tak terusik lagi" bunyi nya betul la jugak.

Tapi kalau awak yang pergi jengah rumah jiran bila dia balik dari meniaga dan awak cakap;
"Ada lauk lebih tak? Hulur-hulur la kat jiran sebelah umah ni. Anak-anak saya jarang dapat makan makanan kantin"

Sekali dua mungkin jiran itu akan bagi dengan senyuman yang paling menawan. Tapi kalau hari-hari? Siap hantar anak-anak pergi ke rumah jiran tu hari-hari setiap kali jirn terbabit pulang dari kerja. Awak rasa apa pandangan jiran tu? Dan apa pula pandangan penduduk setempat yang tahu awak duk ambil lebihan jiran yang meniaga kantin tu hari-hari? Yang tak boleh tahan awak siap agih-agih pada saudara-mara yang tinggal berdekatan lagi. Awak rasa awak hebat sebab boleh bagi relatives awak makan makanan kantin dari jiran awak yang sedap tu. Tapi langit tak selalu cerah. Kalau nak disanjung pun cubalah berusaha dengan keupayaan dan kemampuan sendiri. Silap-silap saudara mara awak yang dapat agihan lauk tu pun akan malu bila dapat tahu kegiatan awak yang sebenar. Tak ke sia-sia? Lain yang awak harapkan, lain yang awak dapat.

p/s: Baik mintak lebihan dari McD atau KFC sebab setau guwa, kanak-kanak lagi suka kan burger Mcd dan ayam goreng KFC dari croissant. Peace!

p/s/s: Terima kasih para orang kaya yang masih mengingati kami yang miskin ini dengan memberikan croissant lebihan anda untuk kami yang tak pernah mengecapi rasa nya.*insert LOL here*

0 comments: