Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 10, 2013

Azam 2013

Wahh dah masuk 10 di tahun baru 2013 ni baru sibuk nak buat azam. Special Thanks to Muz yang membebel kat guwa pepagi buta tadi.

Guwa nak buat saving account! Yeah... Selama ini guwa ingat masuk duit dalam ASB dah dikira saving. Tapi masalah guwa ialah, bila guwa ada hal-hal emergency dan akaun gaji dah kering. Nak harap pergi beratur di ASB pemalas pulak. Jadi guwa kena ada satu lagi akaun simpanan  selain akaun gaji guwa. So akaun tu memang guwa nak istiqamah simpan RM100 bulan-bulan. Wajib! Anggap itu adalah akaun loan kereta. Hahaha..

Kemudian guwa tak mo senang-senang korek duit akaun tu. Bila terdesak sangat contohnya kena pergi mana-mana atas urusan emergency di saat poket tengah kering. Haa.. baru boleh korek. Kalau setakat poket kering dan berhajat mahu makan di Sushi King ketika itu, guwa tak kan benarkan diri guwa korek akaun berkenaan!

Doakan azam ini menjadi kenyataan. guwa berkobar-kobar dh ni!

0 comments: