Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 3, 2013

RIP Kanang Anak Langkau

Rupa-rupanya hari ini pahlawan negara Kanang Anak Langkau telah pun menghembuskan nafas yang terakhir. Thanks to TWITTER yang menyebarkan maklumat dan berita lebih pantas dari media massa. Utusan, Berita Harian, Metro mahupun Sinar, sila tutup kedai.


Penerima Anugerah tertinggi Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) ini merupakan khazanah bukti kepahlawanan tentera kita yang boleh kita jadikan rujukan untuk subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5.  Kira macam living proof la but unfortunately, beliau telah pun pergi meninggalkan kita membawa bersama semangat perjuangan. Angkat tangan siapa yang kenal Kanang anak Langkau lebih daripada kenal Aaron Aziz dan Emma Maembong? Tipuuuuu... Kalau tak sebab belajar sejarah dulu, seorang pun tak kan kenal siapa Kanang dan jasa-jasa beliau. Itu pun bila dah masuk zaman universiti dan nama Kanang popular sebab kes statement Mat Sabu menggelar komunis sebagai pejuang negara juga mesti korang terfikir; "Macam pernah dengar la nama Kanang anak Langkau ni, tapi siapa ye?" *Tepuk dahi speechless*

Hari tu waktu bising-bising kes Mat Sabu vs. Kanang anak Langkau ramai la extremist yang mengaitkan dengan politik. Geng-geng BN dan-dan masuk belakang Kanang dan geng-geng PR konfem-konfem sapot Mat Sabu. Ini la masalahnya bila semua benda nak dipolitikkan. 

Pandangan aku yang neutral ini, first, Mat Sabu tak perlulah nak kaitkan isu-isu berkaitan komunisme dengan politik. Aku rasa sampai sekarang pun komunis tu isu sensitif dekat Malaysia ni. Banyak lagi benda koo boleh politikkan. Contohnya harga rumah yang tak masuk dek akal ataupun harga volkswagen  Golf GTI yang asalnya dlm 40k++ bila dijual di Malaysia jadi 200k++ tu. Kan ke point tu. Ini sentuh hal komunis. Harus lah membakar sensitiviti golongan-golongan berjiwa patriotik. Apatah lagi orang yang berjuang bermati-matian dan terlantar selama lebih setahun lantaran akibat serangan dan penentangn komunis itu. Yes, I was talking about Kanang. Haruslah dia bengang seolah-olah orang mempertikaikan value beliau sebagai ikon yang menentang komunis. The equation is simple. Ambil contoh kat Kuantan ni. Kita orang Kuantan yang berdepan dengan takat radioaktif yang disebabkan oleh Lynas. Orang luar xterjejas pun. Tapi orang luar pulak yang lebih-lebih berkempen cakap Lynas tu selamat. Haruslah terbakar beb perasaan orang Kuantan ni. Kitorang yang hari-hari mengadap bacaan radiasi dekat papan LED depan balai polis Kuantan tu. 

Yang menyedihkan, extremist-extremist yang berpihak pada Mat Sabu ni kua statement main ikut sedap kepala lutut je. Aku ambil sikit je la isi komen yang merentap jiwa itu. Katanya jasa Kanang dah terbalas dengan duit taxpayer yang diberi bulan-bulan (tak bayar zakat mungkin). Dan Kanang masuk tentera juga atas pilihan sendiri tanpa paksaan. Makanya beliau tidak boleh mengeluh akan nasib yang menimpa dirinya dan meminta orang supaya menghargai jasa beliau. Kalau bukan Kanang pun, akan ada orang lain yang ditempat beliau.. Dan diakhir komen beliau meminta UMNO jangan politikkan isu macam ni dan menyeru Kanang supaya jangan berpihak pada BN sahaja. Fair enough. Mungkin Mat Sabu tiada langsung perasaan nak politikkan isu komunis juga. Mungkin hanya sekadar omongan kosong. Mungkin. Dan mungkin tindakan Kanang menolak gelaran Datuk yang dianugerahkan oleh kerajaan belum cukup nak buktikan beliau bersikap neutral. Enaf pasal Mat Sabu side. 

Maka menggelupurlah masyarakat BN akan isu ini. Walaupun ini statement Mat Sabu yang melibatkan beliau dan perwira negara sahaj, maka geng-geng BN pun rase prihatin lalu campur tangan dan mengeruhkan kepolitikan isu terbabit. See? Sebab Mat Sabu yang kua statement macam tu, dan-dan jadi perbalahan politik. Kalau Cik Zulaila yang kuarkan statement mcm tuh? Harus setakat kena sekeh dengan Kanang anak Langkau sendiri. Dan-dan beliau terbang dari Sarawak ke Semenanjung untuk menghadiahkan Cik Zulaila dengan sepakan padu jurus halilintar membelah awan. Tak ada masuk paper, tak ada masuk parlimen dan berita utama 7hari 7 malam. Well mungkin la masuk paper dan buletin utama. Tapi slot kecik jela. Orang tak perasan pun. Sebab dipolitikkan oleh pihak BN lah maka korang telah downgrade reputasi Kanang. Dengan alasan nak membela jasa pahlawan negara maka korang besarkan isu ini dan menambah ketegangan politik yang sedia ada. Asalnya Kanang cuma marahkan Mat Sabu yang seolah mengiktiraf perjuangan komunis, tapi akhirnya jadi seolah Kanang menyokong BN. Maka, Kanang yang asalnya disanjung sebagai pahlawan negara dan kisahnya terpampang dalam buku-buku teks sejarah kini hanya jadi bahan politik. Selfish kan. Demi tampuk pemerintahan Malaysia yang kecil ni, kita memperdagangkan maruah pahlawan-pahlawan kita sendiri. Mereka pahlawan ok, bukan Zarina Anjoulie yang suka kan publisiti murahan.

Dan sebagai penutup, maaflah entry kali ini tercetus berlain dari motif asal blog. Patriotism menebal. Dan Patriotic itu bukan setakat menyanyi lagu negaraku dan melaung slogan kemerdekaan 'Janji ditepati' ye. APe jenis slogan entah. Tak de motif dan tak ada value.

Kanang anak Langkau
*sumber google lorr*

0 comments: