Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 28, 2012

The "L" word

The sacred-proudly-being-uttered-word-to-others.... Confused? Count me in... Hahaha..

Moi yang tulis, haruslah suatu penipuan yang ketara kalau Moi pun konfius dengan penyataan sendiri. Moi tak konfius pun dengan ayat sengkang-sengkang Moi tuh cuma Moi konpius dengan sesetengah manusia yang seronot je melabel orang dengan that 'L' word. Yeahhh.. That 'LOSER' word.

Kesian-kesian. Moi bukan kesian dengan orang-orang yang diutarakan sebagai loser (sambil tunjuk simbol L kat dahi guna jari). Moi kesian dengan orang yang label orang lain loser. Kihkihkih... Guys... ahahaha.. Bila Moi sebut 'guys' Moi memang maksudkan lelaki especially guys yang baru keluar nak tengok dunia, baru nak up dan rasa diri cukup hebat. In other words, nerd yang berpura-pura nak jadi bad boy.. Euwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww........... Have you ever seen the mirror?

Contoh? OK ni Moi ada suatu contoh. Kawan seunibersiti Moi la. Well, malu nak mengaku kawan. An ex-friend boleh? Obiyesli beliau seorang nerd. Tak ensem tu, mungkin boleh di pertimbang seandainya perangai beliau tidak wanna-be. Sangatlah nak tunjuk diri tu bad boy, desperate until one day bila Moi usik-usik suruh belanja boleh beliau jawab;
"Apa aku dapat kalau belanja kau? Pegang-pegang boleh?" 
See? The real bad boy tak kan keluarkan statement begitu. Hanya wannabe sahaja. So this is the real loser. Tapi yang kelakarnya, si loser ini tidak menyedari akan dirinya sebagai loser lalu melabel other guys yang kononnya tidak se'up' beliau sebagai loser. Acane tuh? 

Enough of rumbling. Let's think together. Perlu ke melabel orang sebagai loser? Mungkin bagi sesetengah orang itu benda urban. Tapi seriously, sebagai gadis bandar Moi rasa the last time Moi dengar orang sebut-sebut panggil sane-sini loser adalah pada 2009. Adakah anda ketinggalan hampir 4tahun kebelakang? Grow up, respect people. Adakah kemegahan yang awak dapat waktu melabel orang lain as loser itu kekal? Atau sebenarnya menunggu masa untuk makan diri sendiri? 

Andaikan awak ada seorang kawan yang single, zuhud dan konon-konon tak reti langsung bergaul dengan gadis. Sedangkan awak tu ade awek, ramai kawan-kawan perempuan (yang sebenarnya jengkel dengan ko). Awak petik wallet, ramai la perempuan-perempuan mata kero datang terkinja-kinja. Dalam masa yang sama sebenarnya awak juga ada menaruh hati pada seorang gadis yang dah lama awak nak tackle tapi si gadis tak pernah bagi respon. Walaupun ade awek, awak tetap berusaha menambat hati gadis itu, masih ajak-ajak keluar. Awak sibuk gelarkan kawan single+lone ranger sebagai loser, dia hanya mampu tersenyum dan senyap bila awak gelarkan begitu. Tapi pernah tak awak terfikir sebenarnya gadis idaman awk tu sebenarnya milik sahabat loser awak tu. Sekarang siapa yang malu? Siapa yang loser sebenarnya? Sila fikirkan...... *Grinned*

0 comments: