Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 7, 2012

Rahsiakan pertunangan, hebahkan walimah

Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair
"Rahsiakan pertunangan dan hebahkan (maklumkan) pernikahan"

Wah, sejak da kahwin dah pandai mula tulisan dengan hadith. Terima kasih pada hubby yang selalu ajak+bawa pegi surau dengar kuliah-kuliah maghrib dan tazkirah-tazkirah. Surau kawasan rumah ni pun unik, ade 20-30minit tazkirah dulu selepas Isya' sebelum terawikh.Ada la pengisian sikit. Zaman U dulu, sampai kena paksa pegi kuliah dengan Dr. Ibrahim, deputy dean student affair time tu baru nak nampak muka kat majlis-majlis ilmu. Itu pun sebab kena sign kedatangan and pergi cukup-cukup slot denda yang ditentukan aje. Sangatlah jahilnya waktu tu.

Penceritaan sebenar berkait dengan hadith yang jadi headline itu. memetik kata-kata ustaz Hasrizal yang femes itu;
 "Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."
Jelas tak kenapa kita di sarankan untuk merahsiakan pertunangan? Kalau tak jelas lagi, biar diperjelas dengan contoh. Moi memang suka bagi contoh-contoh metafora ni tambah-tambah kalau explain kat patient pasal hearing loss dan hearing aid. Menurut peribahasa orang putis, less people know about your relationship means less drama. Orang tua-tua kampung Moi di Penang, kedah nun cakap waktu bertunang ni banyak dugaan.Buatnya awak-awak ni tak tahan dugaan maka berkeputusan untuk putus tunang dan tak jadi kahwin. Hah! Tak ke tebal muka nak menahan malu? Contoh paling femes kisah cinta Nadhirah, Bazli dan Ammar. Ape lagi, Dejavu diKinabalu ler uols.. Lepas bertunang dengan Bazli, meroyan pula si Nadhirah tu nak ke Ammar mintak putus tunang. Salahkan jantung, padahal diri sendiri tak sedar batas-batas pergaulan dan macamane nak jaga diri sebagai tunangan orang. Ape jadi dengan si Bazli ni? Malu bai.. Habis staf-staf kat opis mengata. Mak ayah dan kaum keluarga apatah lagi terpaksa menahan malu. Itulah bahana hebahkan pertunangan. Nampak tak efek nya?

Lagi satu contoh, bertunang dan post-post gambar beserta status-status menggambarkan kegembiraan bergelar tunangan orang. Selalunya gadis-gadis akan buat begitu sebab suka rasa diri dimiliki. Alah jangan tipulah, kalau tak ada perasaan macam tu, korang bukan gadis sejati. hahahaha... Control la sikit perasaan tu. Benda ni boleh jadi fitnah. Mula-mula tukar status engaged, kang gaduh tuka single, lepas berbaik engaged balik. Berbulu je friends awak tengok relationship changed awak aje yang naek kt newsfeed facebook mereka-mereka. lepas tu mereka mengumpat, hah tak ke awak permulaan kepada perbuatan dosa mereka itu? Ada juga yang bertunang hebah-hebah tapi rahsiakan tarikh kahwin. Punyala update persiapan macam nak kahwin minggu depan. Tapi lepas 6-7bulan tak kahwin-kahwin gak. Kad pun tak nampak rupa. Lepas tu timbullah fitnah tak jadi kahwin, postponed kahwin dan macam-macam lagi. Siapa nak jadi bahan umpatan macam tu kan?

Moi pernah je kawan-kawan serang waktu dapat tahu Moi bertunang tak bagitahu. ada yang perli-perli dan bermasam muka. Siap ngumpat kat twitter dan facebook. Adatlah.. Kita hebahkan org ngumpat, kita rahsiakan dah org kecil hati. Susah nak puaskan hati manusia ni. Tapi berdasarkan pengalaman, Moi cuma nak nasihatkan, kalau ada antara kawan-kawan yang rahsiakan pertunangan, cubalah memahami. Mereka cuma mahukan privasi dan mereka juga bukan artis.

Perkahwinan kena hebahkan kenapa? Eh, haruslah. Itu jangan dipertikai lagi. Kalau tak hebahkan kang kena tangkap basah kan cari pasal namanya. Tambah-tambah kalau kena tangkap masa baru-baru kahwin sebelum sijil kahwin siap. Dah jadi kerja nak suruh pegawai pencegah maksiat tu check pulak. Hahahahaha



p/s: Moi dalam tulisan ini adalah merujuk pada penulis blog. Cik Laila la sape lagi.. Opss.. Puan Laila =0

0 comments: