Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 9, 2012

Erti sebuah pernikahan (pengertian diri sendiri)

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.”
[An-Nuur(24):32]

p/s: Peringatan! Ini penceritaan dari perspektif Moi. Sila jangan jadikan rujukan utama untuk alam berumah tangga ye =)

Plot dialog ini berkisar sekitar senario yang biasa berlaku terutama dalam kalangan student-student U
A: Weh, nak makan kat mana malam ni? Bosan lah makan kat Cafe kak Ana
B+C (serentak): Kedai skrin besar!
(Lalu kedua-dua B dan C berebut nak menepuk antara satu sama lain. Siapa tepuk dulu dapat kahwin dulu katanya)
Siapa kenal dialog kat atas ni? Nampak gaya cik Faizah dan cik Fatin tengah tersengih-sengih baca dialog ni. hahahaha... Ok, sebenarnya bukan siapa yang tepuk dulu yang jadi isu. Dalam dunia sebenar, siapa yang lebih bersedia selalunya yang akan kahwin dulu. Konteks bersedia ini luas ye. tak semestinya korang dah belajar memasak siput sedut tiga rasa, jahit baju tulang belut, buat air nescafe tarik kurang manis dah dikira bersedia. Kalau semua lulus tapi tak ada calon, maknanya belum bersedia la tu. Kikiki...

Banyak benda kena fikir sebelum buat keputusan nak kahwin. Bukan sebab tengok event jemputan kahwin kat facebook dah ada enam belas dalam masa sebulan dan kamu rasa down sebab boyfriend pun tak ada lagi maka waktu itu sesiapa tackle pun terus kamu ajak kahwin tanpa usul periksa latar belakang mereka dahulu. Itu desperate namanya. Ataupun sebab iri tengok rakan-rakan yang baru kahwin sibuk hapdet status bahagia-bahagia kat facebook. Contohnya; 'malam ni malam jumaat, hubby dah belikan baju tido baru. weeee~~' Percayalah, awak nampak yang bahagia je. Yang gaduh-gaduh manja, salah faham, berselisih pendapat, tak ada pula dorang nak update kat facebook. Malu lah.. Yang dah kahwin pun satu, tak beragak nak update status. Show off sangat. Tak ada common sense cuba memahami perasaan rakan-rakan FB yang kesepian serta masih belum bersedia menta, fizikal dan cukup kekembungan poket untuk kahwin ni. Bila dah teringin sangat nak kahwin akibat pengaruh rakan-rakan yang show off ini, mereka yang belum cukup bersedia ni pun tekejar-kejar nak kahwin. Akibatnya? Kalau berjaya adapt dan catch-up dengan cepat, Alhamdulillah.. Kalau culture shock? Boleh tunggang langgang hidup wei.. A relative of a friend of a friend of mine (jauhnya kaitan) baru 2 bulan kahwin dah tak tinggal sebumbung dan dalam proses nak bercerai. Padahal bercinta 3-4 tahun lamanya. Loan kahwin bank rakyat pun tak sampai separuh lagi bayar. Did you see what I've been trying to explain here? Waktu bercinta tak sama macam lepas kahwin. Walau rasa dah kenal lama, tau luar dalam, masih tak sama. Kenapa? Sebab waktu bercinta, setan seboleh-boleh tak nak kita putus sebab itulah senjata utama nak cucuk anak-anak Adam ni buat dosa. Tapi lepas kahwin, setan beriya-iya nak buat umat manusia ni bercerai-berai sebab pahala kita ni berlipat ganda lepas kahwin. Tu yang setan sakit hati je tu.

Gambar hiasan: Saat sebelum akad nikah, bersoal jawab dengan tok kadi

Bila dah sampai seru kahwin tu, kahwin je lah. Jangan tolak jodoh. Tapi jangan tercari-cari jodoh sampai terlupa kebajikan diri sendiri. Obsess sangat dengan perkahwinan. Takut tak ada orang nak katanya jadi sebat je apa yang ada depan mata. Entah orang tu psychopath ke, pembunuh bersiri ke, kaki pukul dan macam-macam lagi. Selidik dulu, bila sudah selesa baru teruskan. Bumi Allah ni luas, kadang-kadang kita rasa orang itu yang tepat untuk kita tapi sebenarnya bukan. Kalau kita paksa kan, takut-takut ada consequence yang buruk selepas itu. Yang paling penting istikharah. Berbalik pada pencipta kita sama ada pilihan yang kita buat tu tepat atau tersasar. Kalau dah yakin memang itu calon yang selayaknya, teruskan sahaja. Abaikan mulut-mulut sekeliling yang membantah, menghalang sebab yang nak kahwin tu awak, bukan dorang. Hehehe...

Kepada yang dah berkahwin tu, tahniah Moi ucapkan. It's not all about sunshine kan? Kadang-kadang ada ribut, taufan dan tsunami. Kena tahu lah macam mana nak handle. Perempuan ni penuh dengan emosi. Kalau PMS pun awak rasa asyik mood swing sahaja, kahwin lagi stress. Awak bukan setakat layan mood awak sahaj, mood pasangan pun kena ambil kira. Itulah gunanya toleransi dalah perhubungan suami isteri. Sampai bila suami awak boleh bersabar kalau dalam sebulan, 3 minggu awak PMS. Pre-menstrual, peri-menstrual dan post-menstrual. Hahahaha.. Dan yang paling penting, kalau boyfriend awak tu jenis yang awk buli-buli dan control, janganlah buat calon suami. Kesian dia lepas kahwin nanti. Takut-takut jatuh jadi dayus. Kena laknat ok. Tapi jangan nak menggatal lebih-lebih sampai taat tak tentu hala pulak dengan boyfriend tu. Kena ada border, baru boyfriend belum tentu jadi husband awak. Kalau belum jadi suami tu tak perlulah sampai nak minta kebenaran pegi sana-sini. Boyfriend tak bagi keluar dengan kawan-kawan pegi minum teh tarik kat mamak biarpun member awak tu semua sama jantina dengan awak itu poyo namanya. Kalau awak taatkan kata-kata boyfriend lalu kawan-kawan kecil hati pulak itu kebodohan tahap kamehameha. Tapi kalau suami tak bagi keluar pegi mengeteh, kalau awak buat jugak dah boleh dikira nusyuz. kawan-kawan nak kecil hati lepas tu, lantak lah mereka. Siapa suruh tak memahami member tu dah jadi bini orang. Ajak pegi ngeteh kat mamak malam-malam, malam jumaat pulak tu. hakhakhak...

Thank You Allah for granting me this guy, the one I've been waiting for the past 24 years
Kehidupan rumah tangga is not all about rainbow and sunshine. It is not about waiting for the storm to pass, but it is about learning to dance in the rain. Yang paling penting banyak-banyak bersabar, bertolak ansur dan saling menerima antara satu sama lain. Actually, cakap lagi senang dari buat. Alhamdulillah Moi dikurniakan suami yang penyabar memahami. Api bertemu air. Beliau la air tu.



p/s: Iye, Moi tak pakai inai time kahwin. Tak payah nak bising sangatlah. Adat je tuh, bukan syarat sah. Moi memang rimas sebab inai tu ambil masa lama nak tanggal.. Mak Moi pun tak bising k. Siap tolong back-up kecaman para saudara-mara. Luv u la mummy!

0 comments: